Ilmu

Beberapa hari ini, ramai yang berkata-kata tentang pentingnya bahasa. Ilmu disampaikan melalui bahasa. Tanpa bahasa tentu seseorang itu sukar mendapat serta memahami ilmu yang disampaikan.

Kenapa orang Barat hari ini berjaya? Kerana mereka menguasai ilmu. Kebanyakan ilmu yang didapati di Barat hari ini adalah dari ilmu yang di pelajari dari terjemahan ilmu Islam zaman lampau.

Mengapa diterjemah? Kerana hendak mudah memahamkan rakyat mereka tentang ilmu. Walaupun ada pakar bahasa asing, tugas mereka adalah menterjemahkan ilmu asing ke bahasa ibunda masing-masing.

Mengapakah karya Datuk Lat iaitu "Kampung Boy" diterjemahkan kepada bahasa lain, tentu untuk mereka memahami karya berkenaan. Jadi bahasa tempatan atau bahasa ibunda merupakan bahasa yang mudah untuk menyampaikan ilmu.

Apakah kita boleh berbangga menyampaikan ilmu kepada anak bangsa dengan bahasa asing? Kita pelajarilah bahasa asing agar kita dapat mendalami ilmu mereka tetapi ajarlah anak bangsa dengan bahasa sendiri. Bahasa melambangkan budaya.

Orang Melayu sebagai contohnya amat mudah terikut dengan budaya asing. Apakah dengan ilmu yang diajarkan dalam bahasa asing tidak akan menjebakkan anak-anak Melayu mengikut budaya luar itu.

Karya Datuk Lat dialih bahasa untuk memahamkan pembacanya "di sana", mengapakah kita tidak menggunakan bahasa kita untuk memahamkan anak bangsa dengan ilmu yang akan mereka pelajari "di sini".

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR