Monday, March 30, 2009

Ramainya.... Tentu Meriah.

Saya mungkin terlambat sikit nak mengucapkan selamat kepada semua calon yang bertanding dalam 3 PRK. 15, 3 dan 2 : begitulah bilangan calon yang bertanding.

Saya tertarik di Bukit Selambau. Pasai ramai nak jadi wakil kat situ. 15! Ramai tu. Saya terfikir dalam keadaan kemelesetan ekonomi ni, di Kedah masih ramai yang kaya. Adakah depa rasa boleh menang. Berapa peratus keyakinan depa? Dalam dok kutuk kerajaan Pakatan tak reti perintah, tiba-tiba ramai yang jadi orang kaya, RM5000 deposit calon campur deposit poster RM3000 tak ka jadi RM8000. Kalau kalah dan tak cukup undi tentu hilang duit tu. Tak sayang ka?

Adakah calon bertanding akan mendapat sokongan ramai? Macam mana nak perkenal lambang? Atau bercita-cita nak jadi EXCO?

Semuanya kena kerja kuat, pasai ramai, kot-kot pengundi pun pening. Jadi PRK Bukit Selambau tentu meriuh.... Jumlah calon nak sama dengan lubang congkak.

Yang nak bagi BN tumbang, lagi kena kerja kuat. Jadi Sokonglah Kerajaan Kedah la ni.. Selamat bekerja dan selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment