Jatuhkan BN!

Hari ini, merupakan hari ke 3 berkempen. Saya melihat banyak media cetak dan elektronik jelas menyokong BN. Mereka seolah-olah tidak memberikan layanan yang sama terhadap Pakatan Rakyat.

Kita berharap, walaupun Pakatan kecil berbanding sumber yang ada kepada BN, tetapi BN cukup takut kepada Pakatan. Mereka akan mencuba untuk mengalahkan Pakatan dengan segala kekuatan jentera yang ada. Pakatan sudah hilang 2 sumber maklumat (Harakah dan Suara Keadilan) apabila tidak dibenarkan beroperasi. Tetapi diharapkan kita dapat memberikan maklumat kepada rakyat dengan sumber dan kaedah lain.

Cuma kita berharap rakyat akan berusaha mendapat berita dari sumber lain untuk mengimbangi berita dari BN. Rakyat sekarang sudah tidak menerima berita tanpa analisis yang jujur. Mereka sudah membuktikan dalam PRU12 lalu.

DS Najib pasti berusaha disemua tempat. Bagaimana pula dengan Pak Lah, turun atau tidak dalam PRK ini.

Rakyat menanti sesuatu yang baru dari BN dalam pilihanraya ini.

Mereka kena buktikan kesungguhan mereka dengan memberikan peluang sama rata kepada rakyat mendapat maklumat yang adil. Jika tidak akan tersungkurlah BN.

Selamat bekerja untuk menang dan jatuhkan BN dalam pilihanraya ini. Biar pemimpin baru UMNO terduduk dengan kesungguhan rakyat untuk menjatuhkan BN.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR