Terkena dan Terlepas.

Semalam Jawatan kuasa disiplin UMNO telah menjatuhkan hukumannya kepada ahli UMNO yang terlibat dengan politik wang. Ada yang terkena gantung, ada yang terkena tidak boleh bertanding, ada yang terlepas boleh bertanding dan ada terkena boleh bertanding. Macam tu lah keputusan yang telah di buat.
Yang tak kena kata,"Keputusan jawatankuasa tu kena di hormati." Yang terkena nak fikir dulu apa nak buat. Tapi penyokong yang terkena dalam mula tunjuk tak puas hati. Hantar memo kat PM. Jadi nampak macam ada yang tak kena.
Kita berharap bahawa ketidakpuasan ini akan di bawa hingga selepas perhimpunan Agong UMNO. Biar mereka bertekak sama mereka, kita kerja kuat pertahan dua bukit. Yang di Sarawak tu pun kalau kena gaya boleh ambil tu. Tapi yang pasti Pakatan Rakyat tetap kena kerja kuat.
Biar selepas ini UMNO akan terkena lagi dengan rakyat yang meluat tengok lakonan baik mereka, konon nak benteras rasuah. Tapi yang pasti UMNO memang terpalit dengan rasuah: sapa tak boleh sangkal lagi.
Harap UMNO akan terkena lagi 7 April nanti.
Yang terlepas pun belum tentu terlepas, pasai yang terkena pasti cari jalan bagi yang terlepas terkena. Biar semua terkena....

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR