Sejarah...


Perak menjadi tumpuan masyarakat mulai bulan Februari lalu mencetuskan sejarah baru kelmarin. Tarikh 3 Mac 2009, pertama kali dalam sejarah sidang DUN Perak diadakan di bawah pokok.

ADUN-ADUN Pakatan tidak dibenarkan masuk ke Bangunan SUK, bagaimana ahli dewan tidak dibenarkan masuk ke dewan? Ahli perundangan tentu akan mendapat banyak info baru perundangan. Pelajar undang-undang tentu mendapat ilmu baru. Banyak kes mahkamah akan berjalan.

Persidangan bawah pokok kelmarin terus mencetuskan polemik apabila ada yang menyatakan ia sah atau tidak. Tetapi yang jelas pihak UMNO menyatakan bahawa persidangan itu menghina Sultan. Mengapa mereka menggunakan Sultan? UMNO sudah banyak menghina Sultan.

Kenapa tidak diberikan balik kepada rakyat untuk menentukan tampuk pemerintahan perak? Rakyat semakin keliru. Biar mereka tentukan, jangan serah kepada mahkamah kerana mahkamah bukan tentu seperti pilihan rakyat.

Pokok di hadapan SUK Perak pasti satu sejarah penting. Biar rakyat Perak buat sejarah yang lebih besar. Mari terus mencipta sejarah.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR