Siapa Pandai?

Setelah pulang dari Pahlawan Lake Resort, tempat aku membawa pelajar-pelajarku dalam program "Pemantapan Siasah", aku membuka komputer. Aku terjumpa dan terbaca satu cerita. Aku rasa ceritanya agak menarik. Aku ingin kongsi dengan anda sekalian...

Seorang peguam dan seorang wanita cantik duduk sebelah menyebelah dalam satu penerbangan jarak jauh. Peguam itu cuba menarik perhatian wanita itu dengan mengajaknya bermain satu permainan yang menyeronokkan. Wanita itu letih dan menarik selimut yang menyelimutinya dan menolak perlawaan itu dengan baik.

Peguam itu masih mendesak dan menyatakan permainan itu amat menarik. "Saya bertanya anda, dan jika anda tidak dapat menjawabnya saya akan membayar RM5. Jika giliran anda bertanya saya, dan saya tidak dapat menjawab saya akan membayar kamu RM500."

Aturan permainan itu menarik perhatian wanita berkenaan, dan untuk tidak terus diganggu dia setuju untuk bermain permainan tersebut. Peguam yang mula bertanya,"Berapakah jarak antara bumi dan bulan?"

Wanita tersebut tidak berkata apa-apa, terus membuka beg duitnya dan menyerahkan kepada peguam tersebut wang sebanyak RM5.

Sekarang giliran wanita tersebut, dia pun bertanya,"Apakah yang naik ke bukit tiga kaki dan turun empat kaki?"

Peguam itu mula membuka 'laptopnya' dan membuat penyelidikan. Beliau juga menghantar beberapa e-mail kepada rakan-rakannya. Beliau juga menggunakan telefon untuk menelefon beberapa kenalannya. Setelah lebih kurang sejam melakukan perkara berkenaan beliau masih belum berjumpa jawaban yang dicari.

Dia pun mengangkat tangan dan memberikan wanita berkenaan RM500.

Peguam itu masih tidak puas hati dan cuba mencari jawaban. Dia pun bertanya wanita tersebut,"Baiklah apakah yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun dengan empat kaki?"

Wanita itu membuka beg duitnya dan menyerahkan RM5, serta terus menyambung tidurnya.

Peguam itu terkebil-kebil....

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR