Posts

Showing posts from 2012

Berani

Presiden Pas kata dia sanggup bertanding di kubu Presiden UMNO dalam PRU13 nanti jika diarahkan oleh parti. Ini nampaknya satu keberanian yang perlu ada kepada setiap pemimpin. Menang atau kalah dalam pilihanraya adalah perkara kedua. Adakah Presiden UMNO berani cadang untuk bertanding di kawaan Presiden Pas?   Walaupun perkara ini mungkin sukar berlaku tetapi tidak mustahil. Yang Dipertua Agong Pas pernah bertanding dengan Presiden UMNOsatu ketika dahulu di Parlimen Kubang Pasu. Walaupun tewas dari segi undi tapi ia merupakan satu yang menarik perhatian seluruh negara. Walaupun pertandingan antara Presiden atau ketua parti jarang berlaku di negara ini, rakyat tetap menantikan satu yang menarik seperti itu. Yang penting sekarang, walaupun siapa yang akan bertanding dalam pilihanraya nanti, diharapkan SPR dapat menyediakan satu daftar pemilih yang telus bagi menjanjikan pemerintah negara ini dipilih oleh rakyat yang benar-benar layak mengundi. Semoga satu suasana pi

Tahniah!

Ucapan ini ditujukan kepada Dato Dr Hassan Ali kerana dapat menubuhkan rangkaian TV, radia online. IMR - Islam, Melayu dan Raja menjadi tema utama kepada penubuhan syarikat tersebut. ( berita ) Semoga cita-cita beliau akan terlaksana. Semoga rangkaian yang beliau bawa benar-benar memberikan penerangan tentang Islam, Melayu dan Raja. Saya mahu tinggalkan satu rangkaian pendidikan yang mengikut kehendak dan perjuangan atas dasar Islam, Melayu dan Raja kata beliau semasa melancarkan rangkaian tersebut. Jangan nanti rangkaian ini digunakan untuk menyerang PR pula, tapi untuk BN tak apa. Beliau marahkan Pas kerana berkawan dengan DAP yang menentang Islam tapi tak kata apa kat UMNO yang berkawan dengan MCA apabila MCA menentang Islam. Dia takmau campur dalam perkara tersebut.  Baru sebut nak membuat satu rankaian yang mendidik mengenai Islam tapi tak mau campurtangan apabila orang mengatakan tentang Islam tentu satu yang pelik.  Dimanakah ketegasan beliau itu? Kita aka

Logo Baru

Image
PM berkata bahawa antara cara untuk menarik semula penumpang adalah penjenamaan semula dan logo baru MAS. Di sini cuma nak bincang pasai tukar logo. Tentu pertukaran logo ini memakan jumlah wang yang banyak. Mengecat semula kapal terbang, pertukaran logo di bangunan serta kepala surat, menukar pakaian staff dan mewarna semula bangunan tertentu serta banyak lagi yang akan terlibat. Kenapa tidak dikaji sistem pemasaran MAS sendiri? Kenapa MAS rugi? Tentu pihak MAS ada membuat kajian, adakah penggunaan perbelanjaan tidak perlu dan sebagainya? Kita mengharapkan MAS dapat memberikan perkhidmatan yang baik serta mendapat untung. Jangan hanya mungkin menguntungkan pihak-pihak tertentu dengan pertukaran logo ini kerana perubahan warna yang sedikit itu akan memberikan kesan kos yang banyak. logo lama logo baru Rakyat juga harap MAS mampu berdaya saing dengan syarikat tambang murah yang ada. Rakyat tidak mahu MAS rugi. Diharapkan pihak pengurusan dapat membuat yang ter

Kerjasama

Image
Kini banyak pihak cuba memecahkan kerjasama antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Serangan banyak ditujukan kepada Pas kerana mereka berkata bahawa Pas sudah lari daripada tujuannya nak menegakkan Islam kerana bekerjasama dengan DAP. Kenapa pihak-pihak berkenaan hendak Pas keluar daripada Pakatan Rakyat. Tentu ada banyak sebab. Sebab yang paling mudah ialah jika PR berpecah maka BN masih lagi mampu untuk menang dalam PRU13 nanti dengan lebih mudah kerana musuh sudah berpecah. Adakah Pas sudah jauh menyimpang dari perjuangan asal? Rasanya tidak kerana Pas tetap tegas dengan perjuangan Islamnya. DAP juga menghormati dasar perjuangan PAS. Yang dok kacau la ni UMNO, pasai tu depa harap Pas akan berpecah dengan DAP dan PKR. Sebab itu mereka menyatakan bahawa DAP menentang hudud. Awat, UMNO pun dulu tak mau HUDUD dan dok ancam orang bukan Islam supaya tak sokong pasai Pas nak buat Hudud. Sekarang yang agak lantang menentang Hudud adalah MCA, kawan baik UMNO. Pasai UMNO ta

Kacau Pulak.

Image
Penulis bukan orang besar dalam Pas, tetapi menyokong perjuangan Pas. Melihat jatuh bangun Pas. Walaupun begitu, kini dilihat bekas Timbalan Presiden Pas pula nampak kerap menyerang Pas. Pasai apa YB Nasha? Kalau betul nak tegur Pas sudah lari dari perjuangan, YB berada dalam Majlis Syura, AJK Pas Pusat, Kenapa tidak gunakan medan itu untuk menegur? Kenapa menggunakan medium lain yang boleh menyebabkan orang menyerang Pas? Harap YB dapat mengambiltindakan yang sepatutnya kerana YB menjadikan Almarhum Ustaz Fadzil sebagai idola.  Yang lain tu tak kisah Zahid hamidi ka atau MP Kulim Bandar Baru, biarla depa nak kata apa, pasai depa pun bukan ada hubungan dengan PAS. Awat nak tunjuk baik sangat? Pasai apa pula ada yang dok kata Pas dan DAP tak boleh dok sekalai kerana dasar depa tak setuju dengan hudud. Awat pula selama ni UMNO dok takutkan orang bukan Islam, kalau sokong Pas nak kena buat Hudud? Apa yang pasti, yakinlah dengan kepimpinan yang telah dipilih, kalau nak teg

Belaga dah?

Nampaknya satu rakaman telah didedahkan tentang tuduhan TKM1 PP kepada KM PP. Nampaknya isu ini dibentangkan dengan bersunguh oleh TV3 malam tadi.  Tujuannya jelas adalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Berita disini Mengapakah rakaman ini didedahkan oleh media dengan begitu bersunguh-sungguh? Nampaknya pihak BN akan berusaha bersungguh bagi memecahkan perpaduan PR. PR perlu bekeja lebih keras lagi bagi menghadapi sebarang isu yang dikeluarkan oleh pihak BN. Setelah isu hudud bagi menakutkan bukan Islam nampak gagal, isu-isu lain perlu dicari bagi menghancurkan kerjasama PR. Pihak PR perlu mengadakan perbincangan lebih kerap bagi menunjukkan kesepakatan ini layakmenerajui Putrajaya. adakah isu baru ini akan menyebabkan PR bertelagah? Harap pihak kepimpinan PR dapat menunjukkan kematangan bagi meyakin rakyat dalam menghadapi sebarang isu.

AIR

Nampaknya isu air cuba dimainkan oleh pihak BN bagi menghadapi Pakatan. Kalau dulu di Kelantan, kini nampaknya Selangor pula menghadapi isu ini. Banyak saman yang akan dihadapi oleh kerajaan negeri berkenaan. Media yang dikuasai oleh pemerintah nampaknya memainkan isu ini bersungguh-sungguh supaya rakyat akan tolak PR. Adakah rakyat akan terkmakan dengan isu ini.

HABIS DAH TU

Terdengar berita pagi tadi, bahawa Kedah dan Selangor akan kembali di ambil alih oleh BN, ini kerana satu kajian mendapati bahawa rakyat dah tak mau lagi kat Pakatan. Oleh itu, diharapkan bahawa kerajaan yang ada la ni akan turun masa pilihanraya nanti. Dok nampak sibuk depa dok pilih sapa nak jadi MB Kedah dan wakil rakyat Tanjung Karang mungkin jadi MB Selangor. Kalau dah rasa macam tu, Pakatan kena kerja keras lagi......... Ini pandangan kajian berkenaan, tapi yang dok tengok la ni sokongan kepada pakatan nampak meningkat sama ada secara terang maupun senyap. Harap Pakatan akan terus memimpin kedua-dua negeri ini dan terus memimpin Negara......

Tajaan RAKYAT

Nampaknya para pemimpin UMNo memberikan respon negatif terhadap usaha kerajaan Kelantan nak buat jalanraya @ lebuhraya yang hubungkan KB dan KK. Depa kata kerajaan di sana tak pandai urus negeri, kena minta duit rakyat.  Kerajaan BN pandai kot guna duit sendiri. Yang dok buat jalan tu juga duit rakyat, cuma yang tu duit rakyat yang kena cukai. Yang di kelantan ni adalah duit sumbangan rakyat yang sama-sama membantu kerajaan buat jalan. Pasai apa kena nak minta tolong rakyat, pasai kerajaan pusat tak berapa nak bantu. Yang pastinya, selepas jalan tu siap tak dak tol....... rasanya akan ada ramai yang akan membantu. Yang dok kata macam-macam kat kerajaan kelantan juga orang kelantan juga..... awat jadi macam tu? Teringat juga saya masa tahun 1982 dulu, masa bolasepak Piala Dunia... ada kutipan daripada rakyat untuk tengok siaran langsung bola sepak tersebut. sambutan baik dan rakyat Malaysia boleh tengok siaran langsung Piala Dunia tahun itu. Rakyat bersatu menyokong pro

IKUT SUKA

Pagi tadi, ada terdengar dalam berita Timbalan Perdana Menteri kata bahawa PAS tak patut minta PM janji pilihanraya tak akan diadakan pada musim haji. Ini pasai penentuan pilihanraya adalah hak PM berdasarkan beberapa fakta yang tertentu. Susah ka kalau PM bagi jaminan bahawa PRU13 tak akan ada pada musim haji. Senang hati oarang yang akan pergi haji.... Adakah kerajaan nak adakan juga PRU13 dalam musim haji? kalau nak ada juga, itulah nasib rakyat negara ini dinafikan hak sebagai pengundi... macam nana dengan slogan Rakyat didahulukan,.... Oleh itu, rakyat tak akan dapat bersuara apa-apa, ikut suka kerajaan nak buat apa pun, rakyat kena ikut sahajalah.... Mana PM tak dengaq apa lagi jawapan dia..... Rakyat perlu diberikan peluang untuk hidup dalam tenang dan tidak tertunggu-tunggu dengan penantian tarikh pilihanraya.........

Tak Jadi Lagi

Ramai dok ingat 14 Mei PM nak bubar Parlimen. Tut tut dia pi luar negara.... tak jadi lagi laa. Inilah suasana yang ada dalam negara ini, kuasa menentukan tarikh bubar parlimen ada kat PM. Jadi rakyat akan terus teka-teki. Nampaknya permainan ini akan terus dikuasai oleh pihak pemerintah, PM akan cari masa yang sesuai baru dia bubar Parlimen.  Awat tak jadi macam negara lain dah tetap bila nak pilihanraya? Hak ni lah yang jadi masalah terutama kepada pihak pembangkang. walaupun rakyat minta supaya pilihanraya di BERSIHkan tidak dituruti, ni kan pula tarikh nak pilihanraya... tentu PM akan terus guna kak istimewa tersebut.  Semoga Pakatan akan bersedia sentiasa dalam menghadapi situasi ini.... rakyat harap bersedia bila-bila masa untuk menjatuhkan BN.....

Layak kah?

Terlihat berita bahawa satu panel penasihat bebas telah ditubuhkan bagi menyiasat perhimpunan BERSIH 3.0. Ia memang baik, tapi bila lihat pengerusi dia rasanya perlantikan itu tak sesuai.  Pengerusi panel ini 20 tahun jadi Ketua Polis Negara, tentunya dia akan dilihat bias kepada polis.  Rasanya lebih baik bagi memperlihatkan kebaikan panel ini, pengerusi yang dilantik tu harap tarik diri. Rakyat ingin melihat satu penyiasatan yang telus, nampaknya bila pengerusi sudah nampak macam tak telus.  Semoga pihak yang melantik dapat lihat perkara ini, nanti orang ramai akan permainkan sahaja panel penasihat ini.  Ini pandangan saya........

Betul ka 66 tahun?

11 Mei 1946, hari kelahiran UMNO - begitulah yang difahami kerana UMNO akan menyambut ulangtahun ke 66 pada tarikh berkenaan. Betulkah UMNO hari ini sudah berumur 66 tahun? Ini kerana UMNO tersebut sudah diharamkan pada 1988 kerana masalah ketika Perhimpunan Agong UMNO apabila Dr M hanya menang 40 undi lebih sahaja ketika menentang Ku Li. Maka sekumpulan penyokong UMNO telah bawa kes tersebut ke mahkamah kerana ada perwakilan yang dianggap tak sah. Maka UMNO pun telah diharamkan di Mahkamah. Selepas itu UMNO (baru) didaftarkan dan mengetepikan keahlian sebahagian dari ahli lama parti berkenaan. Maka serpihan tersebut menubuhkan Parti Semangat 46.  Oleh itu, bolehkan UMNO hari ini menganggap dirinya sudah 66 tahun sedangkan umurnya baru 2012 tolak 1988, jawapannya 24 tahun. kenyataan ini bukan rekaan, tetapi fakta yang jelas. UMNO jangan cuba menipu rakyat......... Semoga rakyat akan sedar dengan perkara ini. Banyak lagi sejarah yang telah ditutup UMNO......  Maka sejar

Pengkianat

Sudah hampir satu bulan kenyataan Datuk Mahfuz Omar terhadap satu gerakan mendaftar kewarganegaraan dan pemilih dari kalangan warga asing. Beliau juga menyebut beberapa nama yang melaksanakan tugasan yang menjijikkan ini. Ini kerana memberikan kerakyatan kepada warga asing tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi mendaftar mereka sebagai pemilih, sudah tentu peranan menentukan masa depan negara akan diberikan kepada warga asing ini.  Orang ramai amat berharap kerajaan atau Polis dapat mengadakan siasatan terhadap dakwaan tersebut, ini amat bahaya kepada negara. Disebabkan perkara ini, maka daftar pemilih yang ada mempunyai keraguan. Apakah dakwaan tersebut tidak benar? Jika tidak benar, sila jawab balik dakwaan tersebut. Rakyat amat berharap segala keraguan dan ketidak telusan dalam daftar pemilih dapat dibuat oleh pihak SPR. Ini adalah salah satu tuntutan BERSIH. Mereka mahu daftar pemilih yang bersih, baru ada keyakinan terhadap proses pilihanraya. BERSIH bukan berhimpun un

TERBUKA

Image
Dunia hari ini memang dunia yang terbuka. Apa sahaja yang berlaku di seluruh dunia dapat disaksikan dimana-mana jua tempat di dunia ini. Oleh itu, keterbukaan ini juga memaksa ada maklumat yang ditulis tidak benar. Maka sekarang banyak suasana atau saman berlaku dimana-mana jua lokasi dunia.  Inilah yang terpaksa di terima oleh siapa sahaja yang menerima suasana hari ini. Kalau tidakdapat terima suasana ini, maka dia akan sentiasa tertutup dengan menerima berita dari bentuk tradisi sahaja. Maka mereka akan mudah dipermainkan. Oleh itu, siapa sahaja yang sanggup menulis berita terpaksa menerima keadaan dia akan disaman oleh pihak lain yang tidak bersetuju atau berita yang ditulis itu tidak benar. Dunia yang terbuka dengan maklumat ini menyebabkan banyak keadaan yang tidak terkawal. Oleh itu, saringan daripada berita yang diterima itu penting. bagaimana menyaring berita? Carilah berita bukan hanya dari satu sumber. Perlu dicari dari berbagai sumber sama ada yang menyok

Perjuangan

Dulu orang masuk Pas pasai nak perjuang Islam. Kini ada yang masuk Pas pasai nampak habuan dunia. Oleh itu, marilah kita istiqamah dalam perjuangan ini sebagai jalan mendapat redha Allah.  Sesiapa yang berjuang untuk diri dia, mungkin akan dapat habuan di dunia. Marilah ikhlaskan diri untuk perjuangan ini.

Kena Ambil Perhatian

Pilihanraya semakin hampir, tak kira bulan mac atau Jun atau September 2012- yang pasti dah semakin  hampir. Berita tentang kelemahan Pakatan Rakyat dan kebaikan BN mula keluar secara besar-besaran di media utama. Dato DHA juga diberikan ruang dalam media utama. Apatah lagi DHA mula hentam Pakatan Rakyat. Jadi rakyat kena dah sedia kerana kebaikan yang mula diberikan oleh mereka diharapkan akan mendapat balik sokongan ketika PRU nanti. Oleh itu, rakyat kena perhatikan betul-betul rang daftar pemilih tambahan yang akan dikeluarkan minggu ini. Mungkin kena ambil perhatian kerana mungkin ada pengundi yang disangsikan, oleh itu perlu buat bantahan. Semoga rakyat akan bertindak dengan baik semasa mengundi nanti. Tapi Rang daftar ni kena perhatikan dulu. Jadi moga kita kan dapat tumbangkan BN masa PRU nanti......

Liputan

Semalam, mahkamah telah membebaskan DS Anwar Ibrahim dari tuduhan yang dikenakan kepada beliau. Banyak pihak menyambut baik keputusan yang telah dibuat. Walaubagaimanapun mungkin akan ada rayuan daripada pihak pendawa terhadap keputusan tersebut. Kita berharap ia memberikan kesan yang baik kepada badan kehakiman negara. Disamping kes tersebut pemecatan Dato Dr Hassan Ali dari PAS juga telah diberikan liputan yang besar oleh media utama negara ini. Beliau telah diberikan tempat dalam media untuk menyerang Pas. Kita berharap Dato Hassan akan kembali melihat apa yang telah menyebabkan beliau diambil tindakan tersebut.   Semoga perjalanan perjuangan Islam di negara ini akan dihormati. Liputan pihak media juga harus lebih baik kerana rakyat akan marah kerana layanan yang diberikan kepada isu-isu diatas jelas tidak adil. Anwar tidakdiberikan peluang untuk berkata-kata kerana pembebasannya manakala Hassan pula diberikan peluang untuk bercakap tentang pemecatannya.