Monday, March 26, 2012

TERBUKA

Dunia hari ini memang dunia yang terbuka. Apa sahaja yang berlaku di seluruh dunia dapat disaksikan dimana-mana jua tempat di dunia ini.

Oleh itu, keterbukaan ini juga memaksa ada maklumat yang ditulis tidak benar. Maka sekarang banyak suasana atau saman berlaku dimana-mana jua lokasi dunia. 

Inilah yang terpaksa di terima oleh siapa sahaja yang menerima suasana hari ini. Kalau tidakdapat terima suasana ini, maka dia akan sentiasa tertutup dengan menerima berita dari bentuk tradisi sahaja. Maka mereka akan mudah dipermainkan.

Oleh itu, siapa sahaja yang sanggup menulis berita terpaksa menerima keadaan dia akan disaman oleh pihak lain yang tidak bersetuju atau berita yang ditulis itu tidak benar.

Dunia yang terbuka dengan maklumat ini menyebabkan banyak keadaan yang tidak terkawal. Oleh itu, saringan daripada berita yang diterima itu penting. bagaimana menyaring berita? Carilah berita bukan hanya dari satu sumber. Perlu dicari dari berbagai sumber sama ada yang menyokong atau penentang kepada sumber berita itu. Selepas itu, timbangkan berita yang ada tersebuat. 

Semoga kita akan terbuka menerima berita dan terbuka menilai berita yang disampaikan itu.

1 comment:

  1. kita hsrus bisa menyesuaikan diri dengan keadaan dunia seperti sekarang ini, mesti selalu mawas diri

    ReplyDelete