Tajaan RAKYAT

Nampaknya para pemimpin UMNo memberikan respon negatif terhadap usaha kerajaan Kelantan nak buat jalanraya @ lebuhraya yang hubungkan KB dan KK. Depa kata kerajaan di sana tak pandai urus negeri, kena minta duit rakyat. 

Kerajaan BN pandai kot guna duit sendiri. Yang dok buat jalan tu juga duit rakyat, cuma yang tu duit rakyat yang kena cukai. Yang di kelantan ni adalah duit sumbangan rakyat yang sama-sama membantu kerajaan buat jalan. Pasai apa kena nak minta tolong rakyat, pasai kerajaan pusat tak berapa nak bantu.

Yang pastinya, selepas jalan tu siap tak dak tol....... rasanya akan ada ramai yang akan membantu.

Yang dok kata macam-macam kat kerajaan kelantan juga orang kelantan juga..... awat jadi macam tu?

Teringat juga saya masa tahun 1982 dulu, masa bolasepak Piala Dunia... ada kutipan daripada rakyat untuk tengok siaran langsung bola sepak tersebut. sambutan baik dan rakyat Malaysia boleh tengok siaran langsung Piala Dunia tahun itu. Rakyat bersatu menyokong program tersebut.

Rasanya bukan sahaja rakyat Kelantan yang sokong "jalanraya tajaan rakyat" ini tapi seluruh rakyat akan bantu menjayakannya......

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR