Hon
Hari ini malas nak ulas isu semasa, rasanya nak cerita satu yang menarik pasai Sarawak. Saya berkesempatan dalam waktu yang singkat sempat ke Santubong, Samarahan, Serikin selain daripada Kuching. Selama beberapa hari di sana saya dapati bahawa kereta di sana tidak membunyikan hon kenderaan mereka. Saya ingatkan mungkin pada awalnya hanya mungkin perasaan saya sahaja, tetapi apabila dilihat beberapa kesesakkan dan suasana yang sesak dijalanraya, kenderaan tetap tidak membunyikan hon kenderaan mereka, tentu ini sesuatu yang menarik. Saya rasa ini satu yang cukup istimewa, mereka seolah-olah biasa sahaja dalam keadaan yang demikian. Bukan tiada kenderaan yang potong kiri, melanggar lampu isyarat tetapi hon seolah-olah tiada dalam kenderaan mereka. Bukan sekali tetapi banyak kali, saya rasa ini satu suasana yang unik di sana. Saya rasa pelik juga dengan keadaan berkenaan, kalau di Kuala Lumpur semasa menunggu lampu isyarat sudah tentu kita akan merasai riuh hon kenderaan. Seolah-olah masi...