Hon

Hari ini malas nak ulas isu semasa, rasanya nak cerita satu yang menarik pasai Sarawak.

Saya berkesempatan dalam waktu yang singkat sempat ke Santubong, Samarahan, Serikin selain daripada Kuching. Selama beberapa hari di sana saya dapati bahawa kereta di sana tidak membunyikan hon kenderaan mereka.

Saya ingatkan mungkin pada awalnya hanya mungkin perasaan saya sahaja, tetapi apabila dilihat beberapa kesesakkan dan suasana yang sesak dijalanraya, kenderaan tetap tidak membunyikan hon kenderaan mereka, tentu ini sesuatu yang menarik.

Saya rasa ini satu yang cukup istimewa, mereka seolah-olah biasa sahaja dalam keadaan yang demikian. Bukan tiada kenderaan yang potong kiri, melanggar lampu isyarat tetapi hon seolah-olah tiada dalam kenderaan mereka. Bukan sekali tetapi banyak kali, saya rasa ini satu suasana yang unik di sana.

Saya rasa pelik juga dengan keadaan berkenaan, kalau di Kuala Lumpur semasa menunggu lampu isyarat sudah tentu kita akan merasai riuh hon kenderaan. Seolah-olah masing-masing terlalu sibuk dan terpaksa sampai dengan segera ke sesuatu tempat.

Kalau di Kuala Lumpur boleh dikatakan mereka dalam keadaan sibuk, tetapi di Kangar juga tidak lepas daripada bunyi hon kenderaan. Kadang-kadang mereka yang silap masuk lorong pun membunyikan hon kepada kenderaan yang mengikut disiplin di jalanraya.

Mungkin ini satu yang menarik bagi saya tetapi mungkin tidak bagi orang lain....

Sebab setiap tempat ada budaya tertentu yang perlu dihormati, jangan kerana kita sudah rasa pandai kita mempermainkan budaya sesuatu tempat..... rasanya tidak patut...

Itulah sedikit pengalaman yang saya ingin kongsikan di sini.................. menarik . . . ?

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR