Monday, January 11, 2010

Perkemaskan Peranan Islam

Tok Guru Nik Aziz kata orang Melayu mudah ikut orang. Hati depa lembut macam tanah selut, kalau burung pijak ada tapak kaki burung, kalau lembu pijak ada tapak kaki lembu; orang Melayu kena hati kuat , macam tanah keras gajah pijak tak berbekas. Itulah lebih kurang apa yang dicakap oleh Tok Guru.

Apabila dilihat pun orang Melayu memang mudah mengikut orang.

Dalam suasana hari ini, masalah nama Allah, pembakaran gereja - siapakah yang hendak dipersalahkan? Kenapa umat Islam seolah-olah tidak bersatu dalam hal ini? Adakah tindakan kerajaan dalam hal ini?

Siapakah yang mempermainkan agama sebelum ini? Siapakah yang mempermaiankan hukumIslam? Siapakah yang hendak membuang perkataan Islam dari pertubuhan? Bukahkan parti pemerintah hari ini? Jadi orang Melayu tidak menunjukkan hormat pada Islam, tentu orang lain akan melihat lemahnya penganut Islam.

Apakah tindakan kerajaan kepada sisters In Islam yang mempermainkan hukum Islam? Kita tidak bersungguh untuk bertindak terhadap golongan yang mengaku Islam memainkan Islam, macam mana nak minta orang lain hormat kepada Islam.

Jadi kembalilah kepada Islam. Kalau kerajaan benar cintakan Islam perkemaskan peranan Islam dalam perlembagaan persekutuan.

Barulah orang lain hormat Islam.

Biar Islam dipandang tinggi dari segi perlembagaan. Letakkan peranan ditempat yang sesuai. tambahkan lagi hukuman yang jelas kepada golongan yang mempermainkan Islam.

1 comment: