Thursday, January 7, 2010

Apa Nak Jadi?

Semalam rakyat negara ini dikejutkan dengan berita pembunuhan empat sekeluarga di Negri Sembilan. Ini entah kes yang ke berapa? saya tidak pasti. Mangsa dikatakan dibunuh oleh keluarga terdekat. Apa nak jadi dengan masyarakat negara ini, adakah sudah ramai rakyat negara ini gila?

Kenapa perkara ini boleh terjadi? Adakah manusia semakin ramai yang lupakan Allah? Adakah mereka tidak sedar membunuh merupakan satu dosa besar? apa nak jadi dengan negara ini.....? Kenapa kita tidak kembali kepada hukum Allah, mengapa hanya marah dan melenting apabila ada pihak lain nak guna nama Allah?

Hukum Allah patut dijadikan sebagai undang-undang dan peraturan kerana undang-undang ciptaan manusia sudah gagal. Allah yang menjadikan manusia tentu DIA tahu kebaikan tetang makhluk yang dijadikanNya.

Marilah kita berfikir dan bertindak..... untuk kebaikan manusia sejagat. Minta para ilmuan agama bangun menyedarkan rakyat negara ini.

Pemerintah jangan hanya memandang pembangunan dari sudut ekonomi tetapi akhlak rakyat juga perlu dibangunkan......

1 comment:

  1. Salam ziarah balas.

    Terima kasih kerana singgah di blog mountdweller dan sudi menjadi followernya.

    Kes berkenaan memang menyayat hati. Dah dibunuh kepala bapanya sendiri dibawa lari. Mengikut saudara terdekatnya, suspek memang menghidap sakit mental.

    ReplyDelete