Bermuafakat

Saya ke Kuching hujung minggu lalu, sahaja melawat kerana jemputan saudara. Bolehlah melawat beberapa tempat berdekatan dengan Kuching.

Saya berkesempatan ke pasar Satok pada hari Sabtu lalu. Di sana dapat dilihat berbagai jualan dari pelbagai kaum. Macam-macam ada dari lauk pauk hingga peralatan rumah.

Berbagai ragam manusia dapat dilihat. Apabila diberitahu penulis dari Perlis ada dua individu yang memberi reaksi yang lebih berbanding dengan yang lain.

Seorang pembekal dan penjual ikan terebuk masin, beliau sudah lama di Sarawak, pesara ATM. Beliau memberitahu berasal dari Batu 16 Tunjang Kedah, saudara kepada Allahyarham Ismail Hanafi, bekas pemilik Tunjang Ekspres. Beliau memberitahu bahawa beliau gembira hidup di Sarawak dan berkeluarga di sana serta mungkin tidak pulang lagi ke semenanjung. Beliau cuba bercakap utara tetapi seudah pelat Sarawak.

Seorang lagi, juga pesara tentera, berasal dari Kuching, berbangsa Iban. Apabila berbicara tentang Perlis, beliau teringat satu ketika pada tahun 1980an pernah bertugas di Pandang Besar. Malah beliau pernah betugas di banyak tempat di semenanjung. Beliau berniaga barang cenderahati terutama barangan kaum Iban. Beliau kerap ke semenanjung kerana anak gadisnya ada di Damansara. Ketika di semenanjung kerap melawat tempat lama beliau bertugas seperti di Kementah, Ipoh dan Kem Terendak.

Inilah antara gelagat manusia yang ada di bumi Malaysia tercinta ini. Masing-masing sudah merasakan sama ada Semenanjung Malaysia atau Sabah dan Sarawak, ia tetap kediaman semua rakyat Malaysia.

Kita berharap semangat ini akan menjulang negara ini di persada antarabangsa. Kita berharap kerajaan meningkatkan tahap kesedaran dikalangan rakyat untuk bersatu, bukan untuk berpecah. Kita mesti mencari jalan perdamaian, bukan jalan perbalahan.

Semoga negara dan rakyat negara ini aman dan damai.

Kita harus bermuafakat dalam semua hal, berbincang dengan baik dalam menyelesaikan masalah yang bebangkit. Jangan menimbulkan banyak konflik dalam masyarakat.

Rakyat dalam negara ini sudah menikmati integrasi dengan baik, jadi kita harus perteguhkan lagi inspirasi ini.

Semoga segala kejadian yang ada menimbulkan keinsafan dan cuba menyelesaikannya dengan baik.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR