SUBSIDI OH SUBSIDI
Nampaknya selepas ini rakyat negara ini akan mengeluarkan banyak wang dalam perbelanjaan seharian mereka. Kerajaan dijangka akan menarik balik subsidi kerana kerajaan tidak lagi menampung belanja yang dikeluarkan untuk rakyat. Ini seolah-olah membuktikan pandangan orang ramai bahawa kerajaan semakin kurang duit. Berita ini didapati daripada sini dan sini . Di sini juga ada berita dan banyak lain berita di tempat lain. Jadi rakyat Malaysia kena bersedia untuk mengikat perut dengan kenaikan harga barangan. Kenaikan harga minyak pasti memberikan impak bagi kenaikan harga barangan lain. Kenapa negara nak bankrap? Tentu kerajaan tidak bijak menguruskan ekonomi negara. Negara yang mempunyai sumber bahan mentah dan kaya dengan sumber alam tentu mendapat pendapatan yang banyak. Kenapa negara ini tidak diuruskan dengan baik? Adakah penjimatan wang ini untuk belanja BN menunaikan janji pilihanraya kecil yang banyak selama ini? Adakah ini tradisi membela rakyat yang dibanggakan oleh BN? Adakah ...