Tuesday, June 28, 2011

Secara Aman


Nampaknya panas sungguh golongan tertentu dengan orang pakai baju kuning, tambah ditulis "bersih". Rakyat nak minta supaya pilihanraya diadakan dalam keadaan bersih, bukan meragukan serta berat sebelah.

Tujuan diadakan himpunan bersih adalah untuk menuntut sebuah demokrasi yang telus bukan nak guling kerajaan secara tidak betul atau kekerasan. Rakyat yang berhimpun adalah menunjukkan sokongan terhadap gerakan menuntut pilihanraya yang bersih.

Kenapa dikatakan pilihanraya negara ini tidak adil?

Pertama, pengadil yang mengendalikan pilinraya ini iaitu SPR nampak terlalu menekan pembangkang dan memberikan ruang yang lebih kepada BN. BN bebas menggunkan jentera awam tanpa batasan serta liputan media yang berlebihan terutama TV kerajaan. Adakah ini adil? sudah tentu tidak.

Undi Pos? undi pos seolah-olah cek kosong kepada BN. Mereka boleh dapat hampir 95 peratus undi pos sedangkan ketelusannya dipertikai hingga kini. Kini pasangan tentera juga adalah pengundi pos, adakah kerana mereka dikatakan mengikut suami/isteri mereka menyebabkan perlu undi pos? Perkara ini perlu direfomasikan bagi menjamin ketelusan. Mengundi bukan main-main, ia adalah untuk membentuk kerajaan. Rakyat tidak mahu kerajaan yang dipilih adalah bukan kerajaan majoriti tetapi undi yang tidak sepatutnya.

Ini adalah sebahagian ketidakpuasan rakyat terhadap pilihanraya negara ini. Oleh itu mereka jelas nak ke Kuala Lumpur untuk menunjukkan sokongan terhadap himpunan ini.

Yang lain tu ada juga nak berhimpun macam Pemuda UMNO dan Perkasa. Kenapa tidak pilih tarikh lain, tunjukkan sokongan anda kepada SPR atau UMNO. Ni nakpilih tarikh yang sama, takut tak ramai kot nak pi.....

Rakyat juga berharap polis rasional dalam mengambil tindakan. Janganlah tangkap orang pakai baju kuning bersih atau jual baju bersih. Nampaknya nak jual baju pun susah... ada undang-undang ka macam tu?

Semoga orang luar dapat melihat dan rakyat negara ini menikmati satu demokrasi yang jernih dan baik.

Kita juga berharap media dapat memainkan peranan ke arah integrasi nasional tanpa mengaitkan sesuatu dengan kaum tertentu dan menyebabkan berlaku keretakan kaum di negara ini.

Bersih telah membuktikan bahawa mereka telah membawa rakyat negara ini berhimpun dengan aman pada 2007 lalu, cuma ada provokasi tetentu yang menyebabkan ada semburan gas di Masjid Jamek. Tempat lain ok sahaja.

Seperti diminta oleh pihak yang berkenaan, turunlah ke Kuala Lumpur (ibu negara Malaysia) dengan aman tanpa senjata, tunjukkan disiplin dan sokongan terhadap sebuah demokrasi yang baik untuk negara dan generasi akan datang.

Wednesday, June 15, 2011

Ubah sekarang

Minggu ni ada dua ceramah besar di Perlis. Pertama pada 11Jun 2011 oleh DS Anwar Ibrahim dan kedua oleh Mohd Sabu pada 14 Jun 2011.

Pada 11 Jun 2011, DS Anwar berceramah dan melancarkan Gerak kerja pakatan rakyat Perlis, manakala Tuan Haji Mohd Sabu berceramah mengajak rakyat Perlis ke Kuala Lumpur pada 9 Julai bagi menghadiri Perhimpunan Aman Bersih 2.0.

Kedua-dua ceramah ini memebrikan gambaran bahawa kerajaan BN hari ini banyak yang menyeleweng serta menekan rakyat. Oleh itu, rakyat perlu bangun bagi mengajar BN pada pilihanraya nanti.

Kerjasama Pakatan Rakyat perlu diperteguhkan. Jangan mengambil pusing provokasi BN melalui media seperti TV dan akhbar. Rakyat perlu difahamkan tentang isu-isu yang timbul.

Manakala himpunan Bersih 2.0 adalah rasa rati rakyat yang berhimpun untuk meminta keadilan ketika menghadapi pilihanraya. Pilihanraya perlu telus agar rakyat bebas mendapat maklumat bagi memilih pemimpin negara. Kini rakyat mendapat berita yang berat sebelah serta institusi awam digunakan sepenuhnya untuk kepentingan parti pemerintah.

Kedua-dua ceramah tersebut sungguh signifikan bagi rakyat agar menentukan masa depan yang lebih baik serta sumber negara ditadbir dengan lebih baik.

Semoga negara ini bebas dari rasuah serta mendapat kerajaan yang bersih selepas pilihanraya ini. Tugas rakyat negara ini adalah memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dan tumbangkan BN.

Ubah sekarang, tumbangkan BN.....


Tuesday, June 7, 2011

Awat Depa pening?

Nampaknya muktamar Pas kali ini mendapat perhatian lebih daripada media arus perdana. Pemilihan ini dikatakan - Pas menolak ulama, kemenangan PKR dan DAP dalam menentukan pemilihan kepimpinan Pas, Negara kebajikan dan lupa negara Islam, Pas hanya penting pilihanraya dari perjuangan Islam dan pelbagai lagi kata-kata yang dikeluarkan oleh pemimpin UMNO kepada Pas.

Oleh itu, Pas telah berjaya memberikan implikasi positif bahawa parti tersebut memang pengganti terbaik UMNO kerana parti Melayu tersebut sudah merasai tertekan dengan kejayaan muktamar tersebut yang berjalan dengan baik walaupun panas dalam pemilihan kepimpinan.

Negara kebajikan yang dibentang dalam ucapan Dasar Presiden tentu telah memberikan impak yang baik kerana ia diulas dengan begitu serius dan bersungguh oleh UMNO. Mereka kata Pas telah melupakan negara Islam untuk mencapai kemengan dalam pilihanrya. Adakah mereka faham bahawa itu adalah "Ucapan Dasar" iaitu jalan yang dipilih oleh parti untuk mendekat dasar perjuangannya kepada rakyat. Dasar Pas tetap Islam yang yang termaktub dalam perlembagaan parti tersebut.

Adakah dengan kenaikan tarif elektrik, gula, bahan bakar menakutkan BN bahawa rakyat akan menolak mereka dalam PRU nanti? Kisah ini berlaku semalam (6 Jun 2011), saya sendiri ke kedai untuk membeli barangan, ternampak satu jenama roti terkenal yang dulu dijual dengan RM3.15 dan RM3.20 telah dinaikan harga pada labelnya kepada RM3.35 dan RM3.40, ini tentu kesan daripada kenaikan tarif elektrik. Kuasa beli rakyat negara ini akan terus berkurang dengan kenaikan harga barangan yang seolah-olah tidak dapat dikawal oleh kerajaan. wakaupun kerajaan mahu rakyat berdikari dengan pengurangan subsidi, adakah kerajaan menyediakan mekanisme untuk rakyat?

Kalau ada pilihanraya, rakyat sentiasa disogok dengan janji pembangunan dan sumbangan bagai durian runtuh. Ini adalah jasa besar kerajaan yang tidak menyediakan persediaan untuk rakyat. Ini seolah-olah satu peluang untuk UMNO memberikan janji dan sumbangan dalam PRU agar rakyat sentiasa menyokong mereka.

Oleh itu, negara kebajikan yang di sasarkan oleh Pas kalau difahami oleh rakyat menakutkan UMNO kerana mereka gagal dalam menjaga kebajikan rakyat. atau terasa gagal.

Oleh itu, Pas harus mengambil kesempatan daripada kecelaruan UMNO terhadap perjuangan Pas (ucapan dasar presiden) serta keyakinan Pas terhadap penjawat jawat yang baru dalam Pas. Semoga rakyat akan menyokong perjuangan suci ini dan diberikan kemengan oleh Allah.

Biarkan pemimpin BN terutama UMNO meroyan dengan perkembangan muktamar Pas tahun ini, yang penting Pas kena gerakan jentera untuk memahamkan rakyat tentang isu terbabit.....

Wednesday, June 1, 2011

selamat bermuktamar

Pas akan mengadakan muktamarnya tahun ini mulai hari Jumaat. Dewan pemudanya mengadakan majlis perasmian malam ini, diikuti oleh dewan muslima dan ulama esok.

Tahun ini, muktamar akan membuat pemilihan jawatan, semoga pemilihan akan berjalan lancar dan diharapkan semua yang terpilih akan menjalankan amanah yang diberikan oleh jamaah.

Para perwakilan diharapkan dapat membuat pilihan yang terbaik. Seeloknya adakan solat sunat untuk diberikan petunjuk siapa yang akan dipilih.

Diharapkan muktamar tahun ini akan memberikan gambaran yang jelas kepada umum tentang rancangan Pas bagi menghadapi pilihanraya dan komitmen bersama Pakatan Rakyat harus diberikan semangat baru oleh muktamar.

Pas juga harus menunjukkan tindakan yang akan diambil terhadap kenaikan kos barangan sebagai sebuah jamaah yang perihatin terhadap rakyat negara ini.

Semoga muktamar tahun ini akan memberikan kesan yang positif terhadap Pas sebagai parti atau jamaah yang menjadikan Islam sebagai panduan gerakannya.

Selamat bermuktamar.