Secara Aman


Nampaknya panas sungguh golongan tertentu dengan orang pakai baju kuning, tambah ditulis "bersih". Rakyat nak minta supaya pilihanraya diadakan dalam keadaan bersih, bukan meragukan serta berat sebelah.

Tujuan diadakan himpunan bersih adalah untuk menuntut sebuah demokrasi yang telus bukan nak guling kerajaan secara tidak betul atau kekerasan. Rakyat yang berhimpun adalah menunjukkan sokongan terhadap gerakan menuntut pilihanraya yang bersih.

Kenapa dikatakan pilihanraya negara ini tidak adil?

Pertama, pengadil yang mengendalikan pilinraya ini iaitu SPR nampak terlalu menekan pembangkang dan memberikan ruang yang lebih kepada BN. BN bebas menggunkan jentera awam tanpa batasan serta liputan media yang berlebihan terutama TV kerajaan. Adakah ini adil? sudah tentu tidak.

Undi Pos? undi pos seolah-olah cek kosong kepada BN. Mereka boleh dapat hampir 95 peratus undi pos sedangkan ketelusannya dipertikai hingga kini. Kini pasangan tentera juga adalah pengundi pos, adakah kerana mereka dikatakan mengikut suami/isteri mereka menyebabkan perlu undi pos? Perkara ini perlu direfomasikan bagi menjamin ketelusan. Mengundi bukan main-main, ia adalah untuk membentuk kerajaan. Rakyat tidak mahu kerajaan yang dipilih adalah bukan kerajaan majoriti tetapi undi yang tidak sepatutnya.

Ini adalah sebahagian ketidakpuasan rakyat terhadap pilihanraya negara ini. Oleh itu mereka jelas nak ke Kuala Lumpur untuk menunjukkan sokongan terhadap himpunan ini.

Yang lain tu ada juga nak berhimpun macam Pemuda UMNO dan Perkasa. Kenapa tidak pilih tarikh lain, tunjukkan sokongan anda kepada SPR atau UMNO. Ni nakpilih tarikh yang sama, takut tak ramai kot nak pi.....

Rakyat juga berharap polis rasional dalam mengambil tindakan. Janganlah tangkap orang pakai baju kuning bersih atau jual baju bersih. Nampaknya nak jual baju pun susah... ada undang-undang ka macam tu?

Semoga orang luar dapat melihat dan rakyat negara ini menikmati satu demokrasi yang jernih dan baik.

Kita juga berharap media dapat memainkan peranan ke arah integrasi nasional tanpa mengaitkan sesuatu dengan kaum tertentu dan menyebabkan berlaku keretakan kaum di negara ini.

Bersih telah membuktikan bahawa mereka telah membawa rakyat negara ini berhimpun dengan aman pada 2007 lalu, cuma ada provokasi tetentu yang menyebabkan ada semburan gas di Masjid Jamek. Tempat lain ok sahaja.

Seperti diminta oleh pihak yang berkenaan, turunlah ke Kuala Lumpur (ibu negara Malaysia) dengan aman tanpa senjata, tunjukkan disiplin dan sokongan terhadap sebuah demokrasi yang baik untuk negara dan generasi akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR