Secara Aman

Nampaknya panas sungguh golongan tertentu dengan orang pakai baju kuning, tambah ditulis " bersih ". Rakyat nak minta supaya pilihanraya diadakan dalam keadaan bersih, bukan meragukan serta berat sebelah. Tujuan diadakan himpunan bersih adalah untuk menuntut sebuah demokrasi yang telus bukan nak guling kerajaan secara tidak betul atau kekerasan. Rakyat yang berhimpun adalah menunjukkan sokongan terhadap gerakan menuntut pilihanraya yang bersih. Kenapa dikatakan pilihanraya negara ini tidak adil? Pertama, pengadil yang mengendalikan pilinraya ini iaitu SPR nampak terlalu menekan pembangkang dan memberikan ruang yang lebih kepada BN. BN bebas menggunkan jentera awam tanpa batasan serta liputan media yang berlebihan terutama TV kerajaan. Adakah ini adil? sudah tentu tidak. Undi Pos? undi pos seolah-olah cek kosong kepada BN. Mereka boleh dapat hampir 95 peratus undi pos sedangkan ketelusannya dipertikai hingga kini. Kini pasangan tentera juga adalah pengundi pos, adakah kerana m...