Wibawa

Semalam, terlihat dan terdengar berita tentang perbincangan di DUN Pulau Pinang dari sebuah TV swasta. Yang didengari dan di dalam gambar tersebut adalah cakap dan gambar ketua pembangkang di DUN tersebut. Kita tunggu juga apa yang akan dijawab oleh pihak kerajaan negeri. Lepas tu habis sahaja berita tu.....

Adakah ini sebuah berita yang boleh dibanggakan. Kalau dalam rancangan hiburan di TV yang sama "melodi" boleh tanya kedua-dua pihak dalam berita gossip mereka, kenapa berita tentang Dewan tidak didengari dari kedua-dua pihak- barulah rakyat boleh membuat penilaiaan.

Adakah ia satu berita yang berwibawa. Kebanyakkan media berita yang ada tidak menggambarkan suasana ini iaitu mendapat maklumat daripada kedua-dua pihak yang terlibat.

Sebagai media yang dilihat oleh semua rakyat, jadilah media yang berwibawa. Jangan nanti yang hanya kata, "dengaq boleh, percaya jangan."

Rasanya tak lah susah sangat nak dapat berita dari semua pihak kerana pihak yang kena tuduh dan tertuduh tentu boleh berikan kerjasama - tapi kena adil dalam berita- supaya rakyat dapat buat satu nilaian. Jangan kita perkecilkan keupayaan berfikir rakyat negara ini.

Jadilah media kita lebih terbuka dan adil. Yakinlah mereka akan diterima dengan baik oleh pembaca.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR