Diketepikan?

Bulan lepas, Bajet 2012 telah dibentangkan oleh PM. Ramai yang puji sebagai satu bajet untuk rakyat.

Tapi rasanya tak jumpa pula yang disebut PM untuk membantu petani terutama penanam padi. Pembekal makanan negara ini macam diketepikan dalam bajet tersebut. 

Harga padi tidak naik, tetapi harga beras nampaknya akan naik jika dikatakan bekalan beras dari luar berkurangan terutamanya pasai banjir di Thailand. 

Nampaknya petani terus akan berjuang kerana harga padi yang tidak naik, sedangkan cabaran untuk menghasilkan makanan ini semakin meningkat dengan penyakit dan ancaman seperti siput dan seumpamanya.

Adakah petani saja diketepikan dalam bajet tersebut supaya terus akan bergantung kepada kerajaan? 

Tidak adakah rancangan untuk menjadikan petani kita berdikari? Peringkat awal dengan bantuan kerajaan, kemudian mereka mampu berdikari..... 

Semoga petani kita akan menghasilkan bekalan makanan yang berkualiti untuk negara, kerana bencana dan bala Allah yang menimpa akan menyebabkan bekalan mungkin terjejas.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR