9 jam

Aku ada terbaca cerita kat sini. Awat la depa bagi idea ni.

Depa tak tengok ka, guru yang kerja sampai pukul 2, lepas tu balik rumah sat, mai pula sekolah pasai ada aktiviti luar. Tak kira lagi, periksa buku latihan, persediaan mengajar dan .......

Masa sekarang ni pun, tak la dalam jadual sampai petang tapi kerja sampai tengah malam.

Ada yang "jeles" pasai cikgu nampak cuti lama kot. Guru bukan ada cuti tahunan macam kerja pejabat.

Jadi kita berharap, kementerian lihat benda ini dahulu, walaupun nak buat eksperimen jangan sampai guru dan pelajar terseksa.
Semoga negara ini akan melahirkan pelajar yang kreatif dan berwibawa. Jangan terlalu dibebankan guru dengan kerja yang terlalu banyak. Depa bukan nak minta manja tetapi tugasan berdepan dengan pelajar yang bermacam ragam. Kadang-kadang terpaksa pula berhadapan dengan waris yang menyerang kerana tidak puas hati dengan sesuatu tindakan guru dan macam-macam lagi......

Saya rasa guru tetap akan kerja hingga petang atau 9 jam seperti yang dikatakan kerana tanggungjawab. Kita nak lahir pelajar berwibawa perlu guru yang dedikasi. Tapi kalau terlalu terbeban, bagaimana mereka boleh memberikan sesuatu yang terbaik di dalam kelas?

9 jam, perlukah guru buat demo?

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR