"Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British"

Lebih kurang macam tu lah satu berita yang aku nampak di TV3 masa lalu kat sebuah kedai malam ini. Aku pun terfikir pasai tajuk ini, walaupun tak dengar berita yang disampaikan, aku rasa ini satu lagi agenda untuk menghapuskan satu penilaian kepada pejuang terdahulu.

Mana kita nak letak Dol Said, Datuk Maharaja Lela, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Gajah (sekadar beberapa nama). Adakah mereka ini pengkianat kepada kerajaan beraja kita itu kerana cuba mengeluarkan British dari negara ini?

Adakah raja-raja yang terpaksa menerima Residen British sehingga raja-raja berkuasa terhadap adat Melayu dan agama Islam sahaja bukan satu penjajahan?

Bagaimana dengan segala arahan yang terpaksa diikuti oleh raja dan rakyat ketika itu bukan penjajahan?

Adakah Inggeris hanya membesarkan sekolah Inggeris dan menganaktirikan sekolah Melayu bukan satu penjajahan?

Adakah perjuangan orang Melayu menentang British selepas pengunduran Jepun atau selepas Malayan Union sahaja? Bagaimana dengan pejuang sebelum itu yang cuba halau British keluar negara ini?

Adakah British mai sini hanya sekadar lawatan sambil belajar sahaja?

Adakah satu lagi pemesongan kefahaman untuk rakyat? 

Pasai apa kita dok sambut Hari Kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun? Adakah penurunan Union Jack dan menaikan bendera Tanah Melayu bukan satu kebanggaan selepas terbebas dari penjajahan?

Kita harap orang yang sebut perkara ini tengok diri sendiri atau masih dibawah kongkongan pemikiran penjajah.

Adakah semakan terhadap sukatan pelajaran sejarah untuk ubah sejarah ini bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British? Jadi kita tidak perlu nak sebut merdekalah kalau tak pernah dijajah.

Oleh itu, rakyat perlu sedar mulai Portugis, Belanda, Jepun dan British: semua adalah penjajah kerana mereka menjalankan undang-undang mereka dan mengetepikan hak rakyat tempatan.

Marilah kita mencari bahan sejarah atau simpan buku sejarah hari ini, kerana kita mungkin akan dapati buku selepas ini kata  kita tak pernah dijajah.

Semoga rakyat semakin sedar dengan budaya ini, hingga menafikan orang lain seperti yang diamalkan oleh kerajaan hari ini.

Marilah sama-sama kita fikirkan hal ini.....

Ubah dan jatuhkan UMNO dan BN. Jadikan negara ini negara yang lebih terbuka dan selesa.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR