pengkianat negara

Ada beberapa pihak terutama dari Pakatan Rakyat telah membongkar tentang mudahnya pendatang asing diberikan kad pengenalan dan nama mereka  juga disenaraikan dalam daftar pemilih.

Sekiranya dakwaan ini benar, ini merupakan ancaman kepada negara ini. 

Ancaman ini mungkin tidak berbekas sekarang tetapi dalam masa 10 hingga 20 tahun lagi akan memberikan implikasi yang besar terhadap negara ini. 

Diharapkan pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan perkara ini dengan bijak. Jangan kerana kuasa politik yang cuba dipertahankan hari ini, maka anak-anak bangsa akan merempat di bumi sendiri pada masa hadapan.

Sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan ini patut dianggap pengkhianat negara. Mereka in patut dibuang negara.

Semoga rakyat akan membuat pilihan yang baik dalam pilihanraya nanti, dan pemilih yang memilih pemimpin biarlah penduduk yang sah atau pengundi yang sah.



Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR