Layak atau Tidak?

Beberapa hari ini dilihat beberapa pihak meragui tentang tuntutan yang dibuat oleh Mohd Sabu - kecederaan yang beliau alami.

Adakah beliau layak membuat tuntutan tersebut? Bagaimana ia boleh diluluskan? Itu yang menjadi persoalan banyak pihak terutama UMNO Pulau Pinang yang membuat bising perkara ini.

Sekiranyad ia layak kerana menjadi ahli lembaga pengarah - maka ia layak. Jika peraturan kata dia layak, maka layaklah dia.

Sekiranya peraturan kata isteri PM boleh menginap di hotel mahal diluar negara, maka dia layaklah.

Sekiranya peraturan menyatakan bahawa PM boleh melawat konvokesyen anaknya ketika lawatan negara dengan duit rakyat, maka dia layaklah.

Sekiranya peraturan kata PM boleh membuat pemeriksaan kesihatan diluar negara dengan duit rakyat, maka dia layaklah.

Jadi jika peraturan kata boleh, buatlah kerana ada peraturan. Kita tidak mahu pelanggaran peraturan.

Jika peraturan membenarkan orang perempuan boleh buka aurat, maka buatlah.....
Kita tetap ikut peraturan, jika bersalah ambillah tindakan.... lihat peraturan dulu.

Layakkah kita dok lawan hukum Allah?



Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR