Rusuh= Himpun?

Nampaknya macam ada satu usaha untuk menyamakan rusuhan di London dengan Himpunan Bersih. Terdapat kata-kata yangmenyatakan bahawa polis Malaysia telah bertindak lebih baik dari polis Britain. Nampaknya usaha ini nak menunjukkan kepada rakyat bahawa usaha untuk berhimpun beramai-ramai menyatakan rasa tidak puasa hati akan menghasilkan rusuhan dan tidak baik untuk negara.

Himpunan Bersih pada bulan lalu adalah bagi manyatakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap sistem pilihanraya di negara ini terutamanya daftar pemilih yang ada. Sedangkan di London rusuhan kumpulan tertentu merusuh bagi menyatakan tidak puas hati tentang tindakan polis menembak seorang remaja hingga mati.

Himpunan Bersih tidak melibatkan rusuhan, mereka berkumpul beramai-ramai dan berarak ke satu lokasi untuk menyatakan bantahan dan menyerahkan satu memorandum kepada Agong. Tidak ada bangunan yang rosak serta rumah yang dibakar.

Sedangkan di London perusuh membakar bangunan dan menyebabkan asap kelihatan di beberapa kawasan. Asap dalam himpinan Bersih datangnya dari gas pemedih mata polis.

Jadi tentu tidak sama rusuhan dan himpunan.

Rakyat Malaysia mungkin sedar perkara ini, tetapi media cuma memainkan isu ini agar rakyat takut untuk berhimpun.

Bantahan Bersih sudah menunjukkan bukti bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dengan dapatan pengundi yang mencurigakan. Banyak blog yang telah menunjukan bukti hal ini ada Kg pun dah jadi pengundi. Alahai.....apa nak jadi negara ku ini.

Negara ini ada MSC, tentu dapat menangani masalah pertindihan nama pengundi serta nombor kad pengenalan. Jadi amat rugi kerana sistem yang ada tidak digunakan sepenuhnya.

Bersihkan dulu daftar pemilih sebelum PRU diadakan supaya pengundi yang sah sahaja akan mengundi.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR