"Kerajaan Pembangkang"

Pagi ini, pada satu siaran TV disebutkan oleh pemberita, ".... kerajaan pembangkang Selangor....".

Nak tergelak pun ada, pening pun ada, awat jadi macam tu? Mana ada pembangkang yang boleh mengaku dia kerajaan. Yang kerajaan tu la kerajaan. Depa ingat depa jadi kerajaan lagi di Selangor kot?

Ada ka kerajaan pembangkang dan kerajaan penyokong? Macam debat kat sekolah sahaja.

Kenapa sampai begitu sekali stesen media di negara ini.

Harap dapat perbetulkan ayat tu, jangan sampai orang ketawa. Petugas semuanya mengaji tinggi-tinggi, jangan sampai "buat lawak minggu ini" pula. Mungkin tersilap pasai posa kot? Harap dak no, jangan salahkan posa pulak.

Semoga negara kita terus maju dan kemajuan minda dan pemikiran adalah yang utama.

Selamat berpuasa, dalam dah nak masuk bahagian ketiga bulan Ramadan dah.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR