Nampaknya satu minggu ini berita tentang bersih telah mengambil tempat utama dalam media, media arus perdana serta media rakyat. Pihak kerajaan mengatakan bahawa himpunan tersebut telah mencemar imej negara serta akan merosakan ekonomi negara. Siapa sebenarnya yang telahmenyebabkan suasana ini? Rakyat hanya nak minta supaya pilihanraya diadakan dalam suasana yang telus dan bersih dengan tuntutan yang dikemukakan. Tuntutan yang dikemukakan boleh dibuat oleh kerajaan, tetapi nampaknya mereka berdalih denga nperbagai alasan. Macam PM yang mulanya benarkan himpunan di stadium, kemuadian berdalih apabila rakyat nak buat himpunan di stadium. Daripada berita yang dikeluarkan oleh semua pihak, para peserta himpunan tidak merusuh serta merosakan harta awam, mereka hanya berarak untuk menunjukan sokongan. Kalaulah kerajaan boleh berikan laluan ketika himpunan berkenaan tentu para peniaga di KL akan menikmati pendapatan lebih pada hari berkenaan. Ada yang menybut bahawa peniaga di KL Sentral mend...