Penarikan subsidi untuk rakyat Menabung?

Dalam Buletin Utama malam ini, terlihat seorang pakar ekonomi dari RAM (kalau tak silap) berkata - lebih kurang- subsidi menggalakan perbelanjaan yang berlebihan, ini akan mengurangkan tabungan. Oleh itu, pengurangan subsidi akan menyebabkan rakyat belanja secara berhemah dan menggalakan tabungan.

[Ulasan] secara teorinya pengurangan belanja memang akan menaikan tabungan tetapi kenaikan harga petrol akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain. Ini juga akan meningkatkan perbelanjaan dan mungkin akan tiada tabungan. Secara rasionalnya kenaikan harga barang tanpa kenaikan pendapatan akan menyebabkan pendapatan secara relatifnya akan semakin rendah. Jadi macam mana boleh kata pengurangan subsisdi (harga barang naik) akan meningkatkan tabungan?

Kita boleh lihat program "bersama mu" di saluran yang sama menunjukkan ramai lagi rakyat negara ini yang berpendapatan rendah. Mungkin sebahagian besar rakyat negara ini masih berpendapatan di bawah garis kemiskinan.

Satu lagi perkara yang disebut oleh pakar berkenaan ialah duit dari penjimatan subsidi tersebut boleh digunakan untuk disalurkan kepada golongan miskin, ini kerana kini subsidi bukan kepada golongan sasaran.

[ulasan] adakah rakyat boleh diyakinkan bahawa duit ini akan benar-benar sampai kepada golongan sasaran? Rakyat memang mengharapkan bantuan dari kerajaan, tetapi dengan kenaikan harga petrol (sebagai contoh), akan menyebabkan kenaikan harga barangan, dan bilangan rakyat miskin akan meningkat- adalah lebih baik tidak ada kenaikan harga petrol.

Selepas ini rakyat akan lebih terbeban dengan GST, rakyat akan merasai kesan yang lebih kerana kenaikan harga barangan serta dikenakan cukai tentu barangan akan lebih mahal. Jadi bilangan rakyat yang akan menjadi miskin lebih ramai kerana pendapatan semakin mengecil secara relatif dan perbelanjaan akan makin meningkat. Tentu tabungan akan semakin menipis.

Oleh itu satu ulasan yang lebih jelas perlu daripada pakar ekonomi. Para menteri tak pa la, mereka tidak merasai beban kenaikan seperti rakyat bawahan.

Moga rakyat akan dapat menilai keupayaan kerajaan yang ada hari ini dalam membela rakyat..

Moga ada baiknya kerajaan menyenaraikan ke arah mana penjimatan subsidi ini akan di salurkan..... dan harap jangan nantilebih ramai yang akan masuk program "bersama mu" kerana yang makin menderita kenaikan harga barang...

mmmmmm....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR