sama-sama rasa
Tarif elektrik dah naik. Adakah rakyat akan makin karan? Seperti biasa, media utama (kata kerajaan) akan menyiarkan tentang sokongan rakyat terhadap kenaikan ini. Tarifnya masih rendah berbanding dengan negara lain. Rakyat akan tetap dibela walaupun harga barang naik. Jadi apakah yang akan dilakukan oleh rakyat? Mungkin rakyat tidak sabar menantikan PRU13 untuk menjatuhkan kerajaan yang ada. Semua penyelesaian akan ditunding kepada rakyat. Rakyat atau peniaga dilarang menaikan harga barang tetapi syarikat besar boleh naikan tarif mereka, mungkin alasan paling popular; sudah lama tidak dibuat semakan, untung makin kecil dan kos belanja makin besar. Tapi peniaga lain tak boleh naik harga barang. Bila berlaku kenaikan harga barang tentu rakyat kebanyakan akan merasainya. Peniaga akan menyerap kenaikan harga barang dengan mengambil dari pengguna. Nasib rakyat negara ini, semakin banyak barang akan naik harga, penyelarasan subsidi...... Oleh itu, bersedia untuk menikmati harga baru baranga...