Ubah


Nampaknya esok pengundi di Sarawak akan menentukan kerajaan baru di sana. Setelah kempen telah berjalan dan rakyat telah mendengar kempen dan janji daripada parti yang bertanding. Jadi mereka akan turun mengundi dengan yakin?

Saya melihat dalam pilihanraya ini seolah-olah hanya satu parti sahaja yang bertanding. Tak dak berita dari parti lain. Jadi macam parti depa akan menang besar. Tapi rasanya BN juga risau kerana PM, TPM dan menteri juga turun untuk membantu BN, tentu mereka juga tidak yakin untuk menang.

Rakyat Sarawak juga telah mendapat janji juta-juta dari pihak BN. Nampaknya rakyat Sarawak akan mewah selepas ini. Tentu tak larat tanggung duit lepas ni. Adakah kerajaan ingat rakyat Sarawak dapat digula-gulakan?

Rasanya rakyat Sarawak perlu melakukan perubahan dalam pilihanraya ini. Ada istilah "pakatan pembangkang hanya memacak bendera tetapi BN pasang tiang elektrik", di tv macam BN yang punya duit. Adakah rakyat akan tertipu dengan istilah begini.

Rasanya rakyat Sarawak tidak akan tertipu dengan istilah begini. Moga mereka akan melakukan perubahan dengan memilih kerajaan baru esok.

Ubah. Ubah. Ubah. Biar BN rebah.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR