Nyanyok

Nampaknya bekas PM, Tun Dr M makin nyanyok. Apakah yang dia kata ni?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kejayaan terbesar DAP pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu ialah memusnahkan konsep perkongsian kuasa dan kekayaan antara pelbagai kaum yang selama ini dijuarai oleh Barisan Nasional (BN) dengan memisahkan masyarakat Cina daripada yang lain. sumber.

Begitulah antara berita yang di dapati di sini. Kenapa Tun cakap macam tu.

Rasanya DAP juga berkawan dengan parti lain dalam Pakatan Rakyat. DAP tak letak calon di semua tempat, hanya 15 tempat sahaja.Ini kerana ini kawasan pengundi Cina. SUPP yang mewakili BN juga adalah parti Cina. Cubalah letak calon Melayu dikawasan berkenaan, adakah boleh menang? Ini kerana semua parti meletakan calon berdasarkan kaum, calon Melayu dikawasan Melayu, Calon Cina di kawasan Cina dan sebagainya.

Parti dalam Pakatan Rakyat juga berbagai bangsa, DAP, PAS dan PKR. Jadi macam mana Tun kata DAP memisahkan masyarakat Cina dengan bangsa lain.

Bukankah dalam BN juga ada parti Melayu, Cina, India dan bangsa lain. Kalau bersatu, satukan semua parti dengan membubarkan parti berkenaan dan hanya ada parti BN. Jangan ada lagi UMNO, MCA, MIC, SUPP, SUPP, PBB dan seumpamanya. Itu baru satu parti betoi.

Dalam Pakatan Rakyat kita lihat perkongsian calon bertanding adalah jelas antara PAS, DAP dan PKR. Begitu juga BN. Jadi kenapa Dr M kata DAP menolak perkongsian. Yang ada ialah pengundi Cina menolak calon BN, bukan menolak perkongsian dengan bangsa lain. Penolakkan Cina itu bukan bermakna nak pisah Cina dari bangsa lain. Bangsa Cina tetap memerlukan bangsa lain untuk hidup dan sebaliknya bangsa lain juga perlukan bangsa Cina.

Semua rakyat Malaysia bersatu, sebab itu semuanya menunjukkan semangat untuk bekerja bagi kejayaan Malaysia.

Kenapa Tun kata begitu hanya dia sahaja yang tau. Jangan dikatakan nyanyok sudah.......

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR