Bersama, berasingan

Pilihanraya negeri Sarawak sudah berlalu, BN masih menguasai Sarawak dengan 55 kerusi. Pakatan pembangkang DAP 12 kerusi dan PKR 3 kerusi. Satu kerusi dimenangi oleh calon BEBAS. Keputusan ini tentu mengembirakan PM yang turun habis-habisan wang rakyat dengan peruntukan yang berbilion kepada rakyat Sarawak.

Tahniah diucapkan. Adakah pilihanraya negeri sarawak telah memberikan faedah yang besar kepada rakyatnya? Masa akan tentukan. Tetapi dari segi peruntukan projek pembangunan tentu rakyat Sarawak akan mendapat hasilnya???

Adakah patut pilihanraya negeri diadakan berasingan dengan pilihanraya persekutuan? Jika rakyat Sarawak dapat faedah, tak kan negeri lain tak mau juga.

Kalau, kalau di Perlis diadakan pilihanraya berasingan mungkin jalan Arau Kodiang akan siapa dalam masa tak sampai dua minggu, la ni sudah empat lima tahun masih tak siap. Tentu banyak peruntukan yang akan turun ke Perlis. Jadi rakyat Perlis akan dapat untung.... tak mau ka Dr Isa Sabu nak buat pilihanraya asing sekali, tengok sekali...

Mungkin kerajaan pakatan boleh juga try...

Atau kerajaan negeri Pakatan jangan buat lagi pilihanraya lepas PM nak bubar parlimen, biar habis parlimen baru buat pilihanraya negeri.. tentu depa dah tak dak duit nak belanja.. boleh Pakatan menang lagi di negeri yang sedia ada. Cuma adakah kita berani buat begitu.

Harap idea ini boleh dibincangkan.

Asing atau bersama iaitu pilihanraya negeri berasingan dengan Persekutuan. Fikir-fikirkan....

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR