Bahasa

Nampaknya orang UMNO baru perasan bahawa depa malu cakap Melayu. TPM dok kata macam tu, macam dia kuat sangat cakap Melayu. Kita tengok majlis rasmi, rasanya menteri dok cakap bahasa asing sahaja. Kalau sidang akhbar, lagi dia cakap Orang Putih.

Perkasa bahasa Melayu: TPM

Sikap malu bertutur menyebabkan bahasa kebangsaan terus terpinggir


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sikap malu dan rendah diri masyarakat untuk bertutur menggunakan bahasa Melayu menyebabkan bahasa itu seolah-olah terpinggir di bumi sendiri.


Aku baca online disini, nak beli, tak payah la, biar tergantung di kedai sahaja.

kenapa mereka merasakan oarang malu bertutur Bahasa Melayu, sedangkan jelas menteri dari kalangan orang UMNO yang tak mau cakap Melayu, ini jelas siapa yang cakap tak serupa bikin.

PM pun dilihat di TV sering cakap bahasa lain dari BM.

Ini tak pula dibising oleh apa tu pejuang Melayu... PERKASA. kenapa tak nampak, parti yang memperjuangkan Melayu, tetapi pemimpin dia lebih suka cakap Inggeris.

Jadi tengok cerita ni dan berita macam ni, nak tergelak ha,ha, ha........

Oleh itu, parti yang begini patut diturunkan, mungkin kerana lama dah dok pegang kuasa kot......

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR