"rubber-stamp"

Beberapa hari yang lepas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata bahawa dewan itu sedang diubah kepada institusi yang berwibawa, demokratik dan berkesan dalam proses semak dan imbang sesuatu rang undang-undang.

Adakah sebelum ini dewan ini tidak berwibawa dan demokratik? Kenapa baru sedar bahawa Dewan Negara tidak berkesan dalam proses imbang dan semak sesuatu rang undang-undang?

Apakah yang akan cuba diubah oleh Yang Dipertua Dewan Negara ini?

Adakah rakyat akan yakin bahawa dewan ini bukan lagi "rubber-stamp" kerana ramai yang di lantik di dewan ini menjadi menteri serta timbalan menteri. Mereka ini tentu berada di Dewan Rakyat yang telah meluluskan rang undang-undang. Adakah ahli ini akan menentang rang undang-undang yang akan dibentang di Dewan Negara pula?

Rasanya pemilihan ahli politik dari parti terutamanya dari pemerintah akan menyebabkan dewan ini akan terus menjadi "pak turut" kepada segala keputusan Dewan Rakyat.

Mungkin ahli dewan yang berbeza parti akan menjadikan Dewan Negara boleh menjadi pengimbang kepada keputusan Dewan Rakyat.

Mungkin pakar sejarah dapat melihat kembali berapakah rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan rakyat yang ditolak oleh ahli Dewan Negara. Kalau tidak ada mungkin rakyat terus yakin bahawa Dewan Negara akan terus menjadi pak turut terhadap segala keputusan Dewan Rakyat.

Semoga rakyat dapat memilih kerajaan baru dalam pilihanraya umum nanti.

Dan rakyat negeri Sarawak boleh memulakan perubahan ini dalam pilihanraya negeri nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR