"rubber-stamp"
Beberapa hari yang lepas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata bahawa dewan itu sedang diubah kepada institusi yang berwibawa, demokratik dan berkesan dalam proses semak dan imbang sesuatu rang undang-undang. Adakah sebelum ini dewan ini tidak berwibawa dan demokratik? Kenapa baru sedar bahawa Dewan Negara tidak berkesan dalam proses imbang dan semak sesuatu rang undang-undang? Apakah yang akan cuba diubah oleh Yang Dipertua Dewan Negara ini? Adakah rakyat akan yakin bahawa dewan ini bukan lagi "rubber-stamp" kerana ramai yang di lantik di dewan ini menjadi menteri serta timbalan menteri. Mereka ini tentu berada di Dewan Rakyat yang telah meluluskan rang undang-undang. Adakah ahli ini akan menentang rang undang-undang yang akan dibentang di Dewan Negara pula? Rasanya pemilihan ahli politik dari parti terutamanya dari pemerintah akan menyebabkan dewan ini akan terus menjadi "pak turut" kepada segala keputusan Dewan Rakyat. Mungkin ahli dewan ...