Terpaksa Pergi Jua

Setelah hampir 30 menjadi Presiden Mesir, akhirnya Hosni Mubarak terpaksa lari dari istana dan melepaskan jawatan Presiden kerana kemarahan rakyat terhadap cara pemerintahannya.

Beliau dikatakan mengumpulkan harta hampir RM70 billion. Setelah Tunisia dan Mesir, kawasan Timur Tengah, rakyat mula bangkit menentang pemerintahan zalim yang menguasai negara seperti di Yamen dan Algeria.Mungkin ada lagi kebangkitan di negara lain...

Rakyat negara-negara ini terpaksa menungu lama untuk membina keberanian serta kesepaduan menentang pemerintah mereka.

Semoga pemerintah baru di Tunisia dan Mesir akan memberikan peluang yang lebih untuk rakyat dari segi pilitik.

Di Malaysia, rakyat masih boleh lagi menerima cara pemilihan pemerintah melalui pilihanraya walaupun terdapat beberapa ketidakpuasan rakyat seperti kebebasan media dan undi yang telus seperti undi pos.

Semoga rakyat negara ini juga akan memiliki keberanian dalam Pilihanraya Umum nanti untuk memilih pemerintah baru, kerana.... dah lama dah (macam kata mantan PM Tun Mahathir).

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR