Setuju

Tadi dengar berita, kerajaan akan naikkan elaun guru takmir kepada RM800 sebulan, iaitu RM100 satu sessi berbanding RM40 satu sessi sebelum ini. Saya amat setuju dengan kenaikan ini kerana jika dibandingkan dengan bayaran kepada artis, kadang-kadang beribu-ribu hanya untuk menyanyi beberapa lagu. Ini adalah tugas dakwah tentu saya setuju para pendakwah ini diberikan ganjaran yang tinggi.

Dalam majlis itu PM, DS Najib meminta golongan guru takmir untuk menyampaikan dakwah berdasarkan al Quran dan sunnah. Ini juga amat disetujui. Orang ramai amat berharap bahawa golongan guru takmir ini akan menyampaikan dakwah berdasarkan ajaran Islam yang sebenarnya. Berkata benar berdasarkan ajaran Islam dan tegurlah semua yang sepatutnya ditegur. Tuan-tuan pasti yakin bahawa kita yang berilmu dan ada kesempatan menyampaikan ilmu perlu memberikan penjelasan yang sebaiknya kepada masyarakat. Jangan nanti akan disoalkan tentang ilmu yang disampaikan.

Mulakan dengan keluarga pengajaran Islam dan yakinlah negara ini akan ditadbir oleh Islam satu hari nanti kerana Islam menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat.

Semoga semua guru takmir dapat menjalankan dakwah yang sebaiknya dan mendedahkan pengajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat. Semoga masyarakat Islam dan negara ini dapat melihat dengan lebih baik lagi kebaikan Islam.

Itulah juga yang diharapkan supaya kerajaan juga menjalankan pemerintahan dan perjalanan kerajaan seperti yang diajarkan oleh Islam. Ilmu dan pengajaran Islam bukan hanya di dalam masjid tetapi dalam seluruh kehidupan manusia.

Seluruh perjalanan hidup ini adalah ibadah, dan pihak pemerintah yang ada kuasa tentu boleh memberikan penjelasan kepada rakyat tentang kebaikan Islam dan menjalankan bentuk pemerintahan Islam.

Moga-moga kita akan merasai suasana itu.

Selamat bertugas.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR