khabarnya

Khabarnya bulan Jun nanti akan diadakan Pilihanraya Umum.

Nampaknya ramai yang memperkatakan tentang masa PRU.

Pasai apa semua orang buat ramalan? Kerana rakyat negara ini tidak diberikan tarikh awal sesuatu pilihanraya Umum. Maka rakyat akan membuat ramalan.

Suasana semasa memperlihatkan bahawa pilihanraya hampir. Pengurangan kadar tol beberapa lebuhraya antara contohnya.

Kenapa rakyat negara tidak dimaklumkan tarikh piliharaya? Apabila tidak ditetapkan tarikh, maka suasana politik akan sentiasa bergolak.

Semua pihak akan sentiasa mencari isu dan memperkembangkannya supaya rakyat sentiasa bercakap tentang isu, jika tidak mungkin suasana politik akan sejuk.

Jadi sehingga belum tahu tarikh, rakyat akan sentiasa meramalkan serta bercakap tentang PRU.

Oleh itu, kerajaan perlu menetapkan tarikh serta memberikan peluang untuk rakyat mendapat maklumat yang jelas tentang sesuatu isu. jangan hanya satu pihak sahaja diberikan peluang. Buatkan forum terbuka agar rakyat dapat maklumat yang jelas dari kedua-dua pihak. Rakyat negara ini dirasakan sudah mampu berfikir dengan baik.

Diharapkan pembaharuan politik akan berlaku dalam negara ini.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR