Makan Dalam Talam

Beberapa hari yang lepas, saya pergi ke sebuah rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan anaknya. Biasa sahaja kenduri pada musim cuti sekolah.

Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian saya iaitu, tetamu dihidangkan nasi dalam talam. Saya makan berdua dengan anak kerana dihidangkan dengan meja dan kerusi. Kalau bersila mungkin boleh berempat.

Saya teringat sudah lama saya tidak makan nasi dalam talam. Kalau dahulu ada sahaja program tamrin, usrah dan seumpamanya tentu makan nasi dalam talam.

Kini kebanyakkan program, makan nasi dalam pinggan polistrin atau dalam pinggan masing-masing.

Adakah ini antara faktor kesatuan dalam parti nampaknya semakin longgar? Komen dan kritikan antara ahli jemaah secara terbuka semakin menjalar. Adakah kita perlu mengembalikan cara makan dalam talam?

Apakah kesilapan yang menyebabkan kita nampak seperti bertelagah? Atau ini proses dalam sesuatu organisasi atau sunnah Allah?

Yang penting, kita perlu bersama dan bersatu menghadapi musuh, bukan bertelagah sesama sendiri.

Marilah kita kotakan bahawa Islam For All, Pas Untuk Semua.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR