Sunday, June 28, 2009

Bersiap Sedia

Fauzi Abdullah telah diumumkan sebagai calon yang akan mewakili PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, yang merupakan pemborong ikan, juga adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.

BN pula dijangka akan mengumumkan nama calon mereka malam ini.

Siapakah calon BN? Sama-sama nantikannya.

Walaupun siapa calon BN, petugas PAS dan Pakatan kena kerja keras kerana mereka akan menyerang PAS dengan dengan jentera yang mereka ada.

Oleh itu, semua kena bersiap sedia dengan segala perancangan BN.

Masjid Tidak Mesra Pelanggan?

Pada hari Jumaat yang lepas, saya ke masjid bersama keluarga untuk sembahyang asar. Ketika kami sampai, hujan amat lebat sekali. Kami terpaksa menunggu dalam kenderaan. Walaupun mempunyai payung, tetapi hujan yang lebat itu menyukarkan kami keluar dari kenderaan. Saya lihat ada juga keluarga lain yang menghadapi masalah yang sama.

Selepas menunaikan fardu Asar, kami pun meninggalkan masjid berkenaan. Penulis melihat bahawa masjid kita banyak yang kurang mesra jemaah. Dalam keadaan hujan yang begitu, mengapa tidak dibuka tali penghadang 'porch' bagi memudahkan jemaah menurunkan anak-anak mereka?

Ada lagi beberapa peraturan yang dilihat di masjid seperti peraturan dipejabat, saya cuba turunkan di sini:

1. Tidak dibenarkan mengecas hand phone di dalam masjid.
Kalau orang musafir singgah sekejap, kenapa tidak dibenarkan mengecas telefon bimbit mereka?

2. Tidak dibenarkan menyusukan anak di dewan sembahyang.
Dimanakah tempat menyusu anak bagi ibu yang menyusu badan? Adakah didepan kawasan masjid?

3. Tidak dibenarkan membawa beg pakaian ke dalam masjid.
Kalau beg pakaian hilang sekiranya diletakkan diluar kawasan sembahyang siapakah yang bertanggungjawab?

4. Tidak dibenarkan seterika baju di dalam masjid.
Letakkan kawasan yang sesuai bagi kemudahan musafir yang ingin menggunakan masjid. Jangan halang .

Begitulah antara peraturan, masih banyak lagi.

Ada lagi peraturan yang terdapat di setengah-setengah masjid di negara ini. Sekiranya perlukan peraturan, jangalah terlalu ketat hingga ada yang menjauhkan diri daripada masjid. Nanti jemaah melihat masjid seolah-olah pejabat kerajaan yang terlalu banyak peraturan.

Masjid sepetutnya menjadi pusat aktiviti kaum Muslimin, bukan sekadar sembahyang jemaah sahaja. Itu pun terlalu sedikit yang hadir berjemaah.

Penulis berharap agar fikirkan peraturan yang sesuai untuk menarik orang ramai menggunakan kemudahan masjid. Nanti mereka akan melihat bahawa masjid dekat dengan mereka.

Tuesday, June 23, 2009

Selesai dah

Kepimpinan Pas telah membuat keputusan menolak kerajaan perpaduan.

Selesai sudah satu kisah.

Lepas ni pakat-pakat pi Manik Urai pula.

Pakat-pakat kuburkan Umno di sana.

Jangan dok laga-laga pemimpin kami.

Kami tetap akan bersama kepimpinan yang berjuang dengan penuh istiqamah.

Tegas dalam semua tindakan.

Islam kekal asas perjuangan.

Monday, June 22, 2009

kerajaan perpaduan.......

kerajaan perpaduan,

kerajaan perpaduan,

kerajaan perpaduan,

semua orang mahukan perpaduan,

adakah umno menunjukan kesungguhan untuk berpadu,

semua orang nampak umno hanya nak pecahkan pakatan dengan isu kerajaan perpaduan,

mengapakah minta pas lupa peristiwa disepak keluar dari bn,

peristiwa yang jadikan pas terpaksa menempuh cabaran dengan yang berat,

hilang kerajaan dan rakan,

kerajaan perpaduan perlukan kesungguhan dalam pakatan,

bukan dengan umno yang suka makan kawan,

kepimpinan perlu tunjukan jalan,

agar pas teruskan perjuangan,

orang bukan islam sudah dekat dengan pas,

biar mereka kenal politik islam,

jangan nanti kata kita hilang haluan,

susah nanti dipercayai rakan.

berbincanglah dengan siapa sahaja,

asas perjuangan jangan ditinggalkan,

agar pas diyakini oleh semua,

pas untuk semua.

Wednesday, June 17, 2009

Jika Pas dikatakan ikhlas, UMNO?

Hari sebuah akhbar arus perdana menyiarkan berita tentang keyakinan DS Najib bahawa Pas ikhlas tentang kerajaan perpaduan.

Sejarah telah membuktikan keikhlasan Pas.

Pertama, ketika menyertai kerajaan campuran Pas-perikatan awal 1970-an.

Kedua, menyertai Barisan Nasioanal ketika ditubuhkan. Tetapi parti apakah yang menyingkirkan Pas selepas itu hingga Pas hilang kerajaan di Kelantan?

Ketiga, Pas bersama Parti Melayu Semangat 46 dan tertubuhnya Angkatan Perpaduan Ummmah (APU). Pas membuktikan kesungguhannya dalam ikatan ini. Parti manakah yang "membubarkan dri sendiri" dan meninggalkan Pas dalam APU.

Keempat, Pas bersama Parti Keadilan Nasioanal dalam Barisan Alternatif bagi menghadapi BN dalam PRU 1999 dan 2004.

Keempat, Pas bersama DAP dan PKR menghadapi BN dalam PRU 2008.

Pas telah membuktikan keikhlasannya dengan semua parti yang telah bersamanya. UMNO bagaimana? Bagaimana tindakan UMNO yang menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan 1978? Penulis merasakan rakyat Kelantan belum dapat memaafkan UMNO.

Adakah Pas tidak boleh berbincang dengan UMNO? Sekiranya untuk kepentingan bersama Pas pernah berada satu pentas dengan UMNO dalam memperkatakan perjuangan rakyat Palestin, walaupun berbeza pendekatan.

Pas telah membuktikan bahawa mereka boleh bersama dengan sesiapa sahaja untuk kepentingan rakyat.

Adakah UMNO ikhlas untuk berbincang dengan Pas? Keikhlasan UMNO memang dicurigai kerana sejarah yang lalu.

UMNO dan BN telah pernah menolak Pas, dan penyokong Pas memang mencurigai UMNO.

walaubagaimanapun dalam isu, Kerajaan Perpaduan yang ditimbulkan kini, penulis yakin bahawa kepimpinan Pas tidak akan membawa Pas untuk bersama UMNO.

Tuesday, June 16, 2009

Saf Pemuda Pas

Selepas PAS pusat membentuk kabinetnya minggu lalu, maka DPPP pula telah membentuk kabinet mereka.

Kita berharap Pemuda PAS akan terus menjadi kumpulan yang akan mendokong pergerakan Islam tersebut. Mereka akan menegur apa yang tidak betul dilakukan oleh kepimpinan.

Pemuda mesti terus berada dihadapan dan bersama rakyat agar kehadiran Pemuda Pas dirasai oleh rakyat.

Selamat berjuang untuk semua.

Saturday, June 13, 2009

Mula Bekerja...

Setelah habis bermuktamar di Shah Alam dan telah membuat pemilihan kepimpinan yang baru, kita melihat bahawa ada angin yang menggoncang PAS akhir-akhir ini.

Seharusnya ahli-ahli PAS menyusun saf untuk berhadapan dengan UMNO/BN. Pilihanraya kecil Manik Urai di Kelantan adalah sebagai penunjuk usaha PAS menjatuhkan UMNO.

Pakatan harus memulai kerja untuk menghadapi UMNO.

Sekarang semua pihak cuba bercakap, dan isu yang ditimbulkan telah memecahkan semangat sahabat-sahabat dalam Pakatan. Semua boleh besuara tetapi tentukan batasannya.

Sekiranya batasan dalam bersuara ini tidak dikawal, mungkin yang paling gembira ialah BN.

BN sudah hampir ke penghujung hayatnya. Banyak parti kompenannya sudah bermasalah. Jadi Pakatan sepatutnya menambahkan masalah dalam BN, bukan bermasalah sesama mereka.

Jadi fikirkanlah harapan rakyat kepada Pakatan.

Thursday, June 11, 2009

Kabinet PAS

Setelah lama tidak menulis dan melihat maklumat di sesawang, maka hari ini saya melihat berita tentang "kabinet" baru PAS selepas muktamar.

Tahniah kepada yang telah dilantik. Anggaplah ini amanah yang besar untuk membawa PAS dalam pesada politik negara.

Tahniah kepada sahabat lama, ADUN Paroi yang turut dilantik menganggotai barisan kepimpinan tertinggi pAS.

Selamat berjuang. Diatas anda semua matlamat perjuangan PAS yang dibawa.

Ingatlah bahawa kami akan sentiasa menegur semua yang dilantik dan dipilih sekiranya lari dari dasar perjuangan Islam yang kita cintai.