Politik.....


Semalam sambil berjalan di Kangar, ada seorang rakan menegur dan menyatakan bahawa hari ini suasana politik memang memeningkan. Setiap hari ada isu. Masalahnya kata beliau, masyarakat hanya melihat dan mendengar dari satu pihak sahaja, iaitu BN dan UMNO.

Beliau menyebut bahawa orang kampung selalunya percaya dengan berita yang dikeluarkan oleh akhbar dan media elektronik yang mereka lihat. Maklumat lain kurang mereka dapati. Oleh itu, pihak selain BN harus bekerja lebih untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Memang tidak dinafikan banyak berita politik yang ada hari ini - isu liwar DS Anwar, royalti minyak Kelantan, MCA, BTN di Selangor, pijak gambar dll- menyebabkan kadang-kadang rakyat bawahan pening.

Rakyat Malaysia sepatutnya mendapat maklumat yang seimbang dan sama daripada semua pihak agar mentaliti pemikiran kelas pertama dapat dilahirkan. Kita mahu rakyat negara ini celik maklumat.

Kita mahu negara ini maju, maka maklumat perlu dikembangkan agar bukan sahaja maklumat politik tetapi semua ilmu dapat dikembangkan kepada rakyat. Negara kita memang diakui mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti masih ditahap kelas tiga.

Jadi tugas semua pihak menjadi negara ini dapat setanding dengan negara maju. Hak rakyat perlu diberikan secara jujur dan saksama mengikut undang-undang, bukan untuk tujuan kepentingan politik semata-mata.

Marilah sama-sama kita fikirkan idea baru untuk kembangkan negara ini....

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR