Tauliah


Semalam berita penahanan bekas Mufti Perlis (begitulah gelaran yang diberikan), Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjadi berita utama di banyak media sama ada media cetak, elektronik ataupun internet.

Berita penagkapan beliau yang memberikan kuliah tanpa tauliah menjad perhatian utama. JAIS - Jabatan Agama Islam Selangor - banyak dikecam kerana mengambil tindakan berkenaan.

Kenapa tauliah diperlukan? Adakah JAIS tidak tahu bahawa beliau bekas seorang mufti, pensyarah universiti dan memiliki PhD dalam bidang agama?

Siapakah yang mengarahkan penangkapan tersebut?

Semua persoalan ini perlu mendapat jawapan yang sewajarnya.

Di Perlis, semua pengajar yang mengajar di masjid perlukan tauliah (semua orang tahu) . Di masjid di Perlis, dapat dilihat larangan mengajar tanpa permit diletakkan di tempat tertentu . Tetapi Dr Asri ketika di tangkap mengajar dirumah orang. Adakah tauliah diperlukan untuk mengajar di rumah individu?

Rakyat Malaysia berharap perkara ini perlu ditangani dengan bijaksana agar rakyat tidak melihat kecelaruan dalam pentadbiran undang-undang Islam.

Sepatutnya Islam perlu dijadikan cara hidup dan undang-undang di Malaysia. Jadi perkara tauliah tidak akan menjadi isu utama lagi. Beri peluang kepada yang memiliki ilmu agama untuk mengajar di mana-mana tempat agar umat Islam dapat mendalami ilmu Islam dengan baik.

Sekiranya mungkin pengajarannya dianggap salah, sepatuynya beliau dipanggil untuk memberikan keterangan, bukan ditangkap begitu. Islam mengajar kita cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Dr Asri kembali menjadi bahan berita selepas dahulu ketika menjadi mufti Perlis begitu 'top' dengan pelbagai isu. Kini isu tauliah kembali memperkenalkan beliau kepada masyarakat.

nota gambar: Dr Asri bersama Datuk Seri Shahidan

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR