Monday, November 9, 2009

Positif

Seminar Memperkasakan Parti yang dianjurkan oleh PAS di Taman Melewar, dua hari lalutelah dikomen oleh berbagai pihak.

Saya yang tidak berkesempatan ke seminar berkenaan mendapati beberapa sahabat yang pergi memberikan komen positif terhadap seminar berkenaan.

Keperluan PAS kini ialah melaksanakan resolusi yang telah diputuskan dalam seminar tersebut. Kita berharap PAS akan mengambil inisiatif mendekatkan diri dengan masyarakat dan meningkatkan populariti di dalam masyarakat.

Semua jentera dan organisasi parti mesti dimaklumkan dan difahamkan dengan resolusi yang telah diambil dalam seminar berkenaan. Biar semua buat kerja untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang dapat diterima oleh semua.


No comments:

Post a Comment