Pejabat Pos

Sebentar tadi, pukul 1.00 petang saya ke Pejabat Pos Arau. Sedihnya dihadapan pintu masuk tertulis kertas kenyataan "Tutup pukul 1.00 hingga 2.30".

Nampaknya terpaksalah tunggu satu jam setengah untuk menikmati perkhidmatan pejabat pos berkenaan. Dipintu utama berkenaan tertera perkhidmatan dari pagi hingga 5.00 petang.

Sebelum ini, saya ada pengalaman apabila sampai ke pejabat pos berkenaan 4.30 petang, ia sudah tutup.

Saya pun tidak tahu kenapa perkara berkenaan terjadi.

Saya hanya ingin menyatakan ketidakpuasan saya dengan perkhidmatan di situ. Jika tidak cukup kakitangan tambahlah kakitangan. Jangan jadi rakyat sebagai mangsa perkhidmatan lemah anda. Saya lihat ada lagi pelanggan yang datang ke pejabat pos berkenaan tadi.

Mungkin ada pegawai pos yang terbaca komen ini silalah ambil tindakan. Macam mana slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"? Ini nampak penting diri sendiri sahaja.

Kita mahu perkhidmatan kelas pertama.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR