LOGO

Hari ini, penulis di Universiti Utara Malaysia, tempat belajar seketika dahulu.

Penulis lihat logo UUM, nampak sudah berubah walaupun asas rajah masih sama.

Logo ketika penulis di sini dahulu banyak bunga yang mengelilingi perisai UUM. Kini bunga yang mengelilingi perisai berkenaan sudah ditiadakan, nampak lebih menarik.

Mungkin perubahan logo ini kerana, ketika penulis belajar, sekiranya dari Changloon ke UUM, banyak pokok yang melindungi jalan. Kini jalan ke UUM sudah besar dan banyak perumahan yang tumbuh.

Jadi mungkin rasional perubahan logo ini kerana UUM tidak lagi dikelilingi hutan seperti dahulu. Ini hanya anggapan penulis sahaja.

Dahulu dinamakan "sekolah", kini sudah dinamakan "kolej". Nanti penulis ingin pusing keliling UUM ingin melihat perubahan fizikalnya. Diharapkan perubahan fizikal ini akan merubah cara belajar dan akan melahirkan pemimpin yang ikhlas dalam menjalankan amanah sebagai penggerak negara masa depan.

Pemimpin yang mempunyai nilai "ihsan" dalam cara pentadbiran mereka. kemakmuran negara akan dinikmati secara saksama oleh rakyat jelata.

Semoga suksess untuk semua.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR