Hanya Pendapat Aku

Esok, para pemimpin PAS akan berhimpun di Taman Melewar untuk berseminar bagi memantapkan perjuangannya. Seluruh kepimpinan Pas dijangka akan berhimpun di sana.

Cuma saya merasakan bahawa sepatutnya program berkenaan disertai oleh kepimpinan Pas. Kenapa Pas memanggil "orang luar" (walaupun dikatakan pakar) untuk membincangkan permasalahan parti.

Saya sekadar menyatakan bahawa Pas tidak perlu untuk memanggil pihak lain untuk menentukan hala tuju parti.

Ini hanya pandangan saya kerana Pas dalam menghadapi perbagai masalah sebelum ini telah berjalan menentukan caranya sendiri. Mengapa perlu panggil pihak lain?

Kita tidak menentang pandangan dari luar, untuk memantapkan jamaah. Tetapi penglibatan terus dalam seminar ini dibimbangi akan memberikan kesan lain kepada ahli yang hadir. Mungkin para perwakilan akan "menyerang" atau menyokong pandangan berkenaan. Ini akan menyebabkan parti akan berpecah dari segi pandangan untuk memantapkan parti.

Walaubagaimanapun, diharapkan resolusi akhir dapat memantapkan gerak kerja parti bagi meyakinkan rakyat kepada Islam yang di bawa oleh PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR