Bendera

Semalam semasa makan malam, anak kedua saya yang sedang belajar darjah enam berkata, "Bendera Malaysia dan rukun negara, depa bubuh kat kotak tisu, bungkus roti, nanti lepas habis guna orang buang, pijak, macam tu nak hormati bendera negara."

Saya rasa terkejut juga kerana tak sangka bahawa kanak-kanak memerhati benda dikelilingnya dan membuat komen. Agak boleh pakai juga komennya tu.

Kita melihat banyak syarikat yang cuba menanamkan semangat patriotik dikalangan rakyat negara ini melukis bendera atau memasukan rukun negara pada bungkusan mereka. Adakah ini sebagai cara menunjukkan rasa hormat kepada negara.

Pandangan kanak-kanak, walaupun mungkin sepintas lalu mungkin boleh diambil perhatian oleh orang dewasa.

Adakah dengan memasang bendera di kenderaan dapat menunjukkan kita bersemangat cintakan negara? Yang tidak memasang bendera tidak patriotik? Ini persoalan yang boleh ditimbulkan.

Kerajaan dilihat masih bermasalah dalam menanamkan semangat patriotisme di kalangan rakyat. Pengajaran di sekolah mungkin boleh memberikan kesedaran ini.

Adakah sekolah satu aliran boleh menyelesaikan masalah ini?

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR