Ajal

Semalam ada dua kejadian yang menyedihkan iaitu kematian berlaku di Perlis seperti dilaporkan oleh akhbar-akhbar.

Kejadian pertama, seorang pemuda mati ditembak polis kerana hendak mencederakan seorang yang meninggalkannya di Alor Setar. Beliau terpaksa berjalan kaki dari Alor Setar ke Arau. Tentu dalam kemarahan mengambil sesuatu tindakan yang tidak sepatutnya. Kita berharap polis dapat menyiasat kejadian itu, kenapa polis terpaksa menembak pemuda berkenaan? berita di sini.

Kejadian kedua ialah seorang pelajar perempuan berumur 12 tahun mati akibat terjatuh ke dalam sungai yang berarus deras. Beliau dijumpai 10 kilometer dari tempat kejadian. berita di sini. Pelajar berkenaan adalah bekas rakan sekelas anak penulis ketika belajar di Beseri dahulu. Bapanya juga penulis kenal.

Jadi kita hadiahkan al-fatihah untuk keduanya semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Ajal dan maut, rezeki dan bala semuanya adalah kehendak Allah dan manusia tidak dapat menahannya.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR