Undi Pos

Rasanya lama juga tidak menulis. Sibuk dengan menguruskan beberapa hal berkenaan dengan keluarga.

Hari ini buka blog, kebanyakkan bercerita tentang bilangan pengundi pos yang ramai di DUN Bagan Pinang. Bilangannya hampir 5000 orang. Ramai tu, hampir 30 peratus undi keseluruhan.

Ini tentu berita yang menggembira bagi BN kerana mereka selalunya akan mendapat undi yang besar dari pengundi pos. Menteri Pertahanan pasti akan memainkan peranan besar di sana nanti. Ini bagi mengubati kekecewaan di Permatang Pasir.

Adakah undi pos masih releven dalam sesuatu PRK di negara ini? Persoalan ini penting kerana undi pos masih dipertikaikan kesahihannya. Pengundi akan mengundi, kemudian memasukan borang undi dalam sampul dan dimasukkan dalam guni SPR. Siapakah yang mengawal guni tersebut dalam beberapa hari sebelum hari pengundian dan pengiraan undi?

Pihak SPR mesti memberikan keyakinan terhadap rakyat bahawa undi itu benar-benar telus. Pihak selain dari BN selalunya mendapat undi yang cukup rendah dari undi pos, bawah 10 peratus dari undi pos.

Berikanlah keyakinan kepada rakyat bahawa undi yang dibuang benar-benar meyakinkan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Rokok Haram

Pemulihan

MENCARI LAILATUL QADAR