Thursday, September 3, 2009

Tak Tau Nak Kata Apa

Nampaknya persidangan DUN Perak yang dikendalikan kelmarin dibuat di hotel bukannya dalam dewan. Sebelum ini, persidangan luar dewan dibuat di bawah pokok. Ini menunjukkan persidangan itu, dapat berjalan dalam suasana lebih baik walaupun ada halangan untuk masuk ke DUN. Ada yang ditangkap.

Sepatutnya apabila ada pertentangan begini, hak rakyat perlu dikembalikan. Mereka telah menolak BN dalam PRU12 yang lalu. Sekiranya BN merasakan ia kuat, perlu diadakan satu pilihanraya lain bagi memberikan peluang kepada rakyat memilih.

BN telah membuktikan bahawa mereka telah berjaya merampas kuasa di Perak. [tahniah]. Sepatutnya apabila ada pertentangan begini, jalan penyelesaiannya adalah serah kembali kepada rakyat.

Apabila PM meminta pemimpin politik supaya menghormati undang-undang, adakah cara perlantikan speaker baru serta MB Perak sekarang mengikut undang-undang? Persoalan ini tetap bermain di fikiran rakyat. Mereka perlu mendapat kebenaran sebenarnya.

Rakyat berharap, pemimpin patut menghormati undang-undang. Rakyat diminta menghormati undang-undang, tetapi adakah pemimpin boleh mengatasi undang-undang?

Kekalutan dalam negara dapat diselesaikan dengan perbincangan yang baik antara kepimpinan. Rakyat sedang memerhatikan segala tindak tanduk pemimpin. Rakyat hari ini sudah bijak menilai kepimpinan.

No comments:

Post a Comment